JENAMA R3 Motorsports (Race, Rally, Research) memang gah dalam kalangan peminat kereta Malaysia. Produk pertama divisyen permotoran Proton itu yang dihasilkan untuk pengguna umum ialah Satria R3 edisi terhad.
Pada masa sama, R3 turut mengeluarkan pelbagai produk prestasi kepada mereka yang mahukan lebih kuasa dan ciri aerodinamik. Jika disoroti, R3 menyokong hampir semua model Proton seperti Waja, Gen2, Savvy, Neo, Inspira, Prevé dan Suprima.
BACA >>> Legasi Proton Satria R3 dalam Kenangan, Bukti Pencapaian Automotif Tempatan
Produk perdana yang pernah dikeluarkan R3 ialah Satria Neo R3 Lotus Racing (2010), dijual pada harga RM115,000 dan kini menjadi buruan peminat kereta kerana bukan saja sukar ditemui, tetapi juga mempunyai nilai jualan semula tinggi.
Walaupun R3 tidak lagi aktif menawarkan produk dan model prestasi, tetapi divisyen itu kekal cemerlang dalam dunia permotoran. Saban tahun ada saja kejayaan yang dicapai dan paling terbaharu adalah meraih tempat pertama dan kedua dalam perlumbaan enduran Sepang 1000KM (S1K).
BACA >>> Proton R3 Menang Lagi Sepang 1000KM (S1K), Tahun Ketiga Berturut-Turut!
Prestij dan reputasi R3 sentiasa melekat dalam minda kalangan peminat model prestasi Proton dan ini boleh dilihat di dalam ruangan media sosial. Sementara prestasi keseluruhan Proton semakin baik, apa pula rancangan mengenai R3?
Dalam artikel daripada laman web media Zhejiang Geely Holding Group, Ketua Pereka Proton, Azlan Othman berkongsi tentang pakej aksesori untuk kenderaan Proton.
Azlan berkata, Proton memang sedang cuba meluaskan pilihan aksesori kepada pelanggannya yang akan ditawarkan bermula varian asas hingga premium. Menurutnya, ada tiga pakej utama bakal diperkenalkan, iaitu Lifestyle, R3 Sports dan PROTON Design.
Pakej Lifestyle akan menumpukan kepada keselesaan dan kemudahan keluarga, manakala PROTON Design untuk gaya lebih classy yang menggunakan fabrik khas sentuhan pereka selebriti. Akhir sekali, R3 Sports adalah pakej naik taraf prestasi hingga 30 peratus menerusi penambahan kuasa dan ciri aerodinamik.
Agaknya, model manakah yang akan menerima pakej menarik tersebut? Adakah melibatkan produk Proton sedia ada seperti Iriz, Saga, Persona dan X70, ataupun model baharu seperti X50?
BACA >>> Kilang Proton di Karachi Siap Keluarkan Kereta 2021!
TunFcK says
Iriz please!