• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: 4 Punca Kenapa Komponen Radiator Boleh Bocor?

#TahukahAnda: 4 Punca Kenapa Komponen Radiator Boleh Bocor?

January 3, 2020 By Brader Shawn 1 Comment

6.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


ADA banyak punca yang menyebabkan enjin kereta mengalami masalah panas lampau (overheating) dan salah satu daripadanya ialah radiator bocor.

Dalam radiator tersimpan bendalir, terdiri daripada air dan bahan penyejuk (coolant) yang memainkan peranan mengawal, menyerap dan menyalurkan keluar haba daripada enjin. Jadi, apabila berlaku kebocoran, bendalir tersebut akan berkurangan dan radiator akhirnya gagal menyejukkan enjin.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapakah Cecair Penyejuk @ 'Coolant' Ada Macam-Macam Warna?

Ada empat punca yang menyebabkan komponen radiator bocor, selain faktor perlanggaran akibat kemalangan.

1. USIA RADIATOR

Setiap komponen kereta ada jangka hayat tertentu. Sekiranya anda rajin memeriksa, menjaga dan menyelenggara kereta, jangka hayat radiator mampu menjangkau usia hingga 10 tahun.

Namun, bukan semua radiator mampu bertahan selama itu, banyak juga yang hanya mampu bertahan hingga 5 tahun sebelum macam-macam masalah mula timbul.  Jika ada kesan keretakan atau kebocoran, radiator harus diperbaiki secepat mungkin.

2. SALURAN TERSUMBAT

Jika mengisi radiator dengan air kosong yang diambil daripada pili/paip, radiator kereta berisiko tersumbat disebabkan kotoran yang membentuk sisa karat dan hakisan. Sisa-sisa itulah yang menyebabkan laluan dan saluran air radiator tersekat dan menghalang kelancaran sistem penyejukan enjin.

Radiator perlu diperiksa setiap 30,000km atau 40,000km, anda disarankan merujuk buku manual pengguna dan rekomendasi pengeluar kereta anda. Ini bertujuan memastikan radiator berada dalam keadaan terbaik dan dapat beroperasi optimum.

BACA >>> Bagaimana Mengesan Tanda-Tanda Pam Air Kereta Rosak?

3. ADA OBJEK ASING


Radiator biasanya dipasangkan pada bahagian depan enjin kereta, di sebalik gril bagi memudahkan lebih banyak udara bersih dihirup masuk ke dalam enjin. Pada masa sama, ia membuatkan radiator mudah terdedah kepada objek asing seperti serangga, burung dan juga haiwan lain.

Jika kereta yang dipandu merempuh kelawar atau terkena batu, gril dan dinding radiator boleh rosak, termasuk menyebabkan kebocoran.

4. KOMPONEN GETAH DAN PLASTIK


Fungsi asas radiator adalah menyejukkan enjin. Komponen itu terletak berhampiran enjin yang secara langsung terdedah kepada kepanasan. Ini menyebabkan beberapa komponen sokongan radiator seperti hos getah dan tangki simpanan coolant  terdedah kepada kerosakan.

Bahan plastik atau getah yang kerap terdedah kepada haba panas boleh menyebabkan ia merekah, mengeras, pecah, dan rapuh hingga akhirnya menyebabkan kebocoran.

SUMBER: Suzuki | My350Z | Mercedessource

Related

6.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, coolant, Punca Radiator Bocor, Radiator, Radiator Bocor, tahukah anda, tip kereta, Tip Selenggaran Radiator

Comments

  1. Saravanan says

    April 2, 2023 at 11:17 AM

    Motor Yamaha nvx 155, dah 3kali radiator bocor Dalam 2 tahun.. Xde ape2 terlanggar kat radiator..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
    Charge+, EV Edaran Lancar Hab Pengecasan EV Terbesar di Ayer Keroh, Melaka
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev