• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Jenis Material Ekzos Pengaruhi Bunyi atau Prestasi?

#TahukahAnda: Jenis Material Ekzos Pengaruhi Bunyi atau Prestasi?

December 26, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DI PASARAN, ada beberapa jenis material yang sering digunakan dalam pembuatan ekzos motosikal, seperti keluli tahan karat, aluminium, galvani hingga titanium. Adakah jenis material digunakan itu akan mempengaruhi efek bunyi dan prestasi jentera?

BACA >>> #TahukahAnda: Bagaimanakah Deruman Ekzos Motosikal Boleh Berbeza Bunyi?

Jom kita baca huraian di bawah ini.

JENIS MATERIAL TIDAK PENGARUHI BUNYI?

Faktanya, jenis material tidak memberi kesan terhadap bunyi ekzos. Jadi bolehlah diringkaskan di sini, jenis material apa pun yang digunakan dalam pembuatan ekzos motosikal, sama ada galvani, keluli tahan karat, atau aluminium, itu semua tidak mempengaruhi bunyi yang akan diledakkan corong ekzos.

Contohnya, aluminium atau keluli tahan karat adalah material ekzos paling tebal, kira-kira 1-1.2mm, sebaliknya  titanium lebih tipis, 0.8mm. Namun, beza ketebalan sekitar 0.2mm itu sebenarnya tiada kesan ke atas bunyi ekzos. Ia lebih kepada aspek ketahanan, kelasakan dan rupa kosmetik ekzos tersebut. Sebagai contoh, ekzos gentian karbon bukan saja nampak cantik dan sangat ringan, tetapi juga mempunyai struktur binaan yang kuat dan lasak.

Sementara itu, jenis bunyi khas yang identik dengan sesuatu jenama tertentu pula adalah lebih kepada aspek talaan dan konfigurasi rekabentuk ekzos.

BACA >>> Ekzos Bising Lebih Selamat untuk 4 Situasi Ini, Setuju atau Tidak?

JADI JENIS MATERIAL PENGARUHI PRESTASI?

Ekzos Motor_5
Ekzos Motor_1
ekzos motor

Betul, walaupun tiada kesan terhadap bunyi, tetapi jenis material ekzos mampu mempengaruhi prestasi motosikal. Kenapa? Jawapannya, jenis material menawarkan berat berbeza yang secara langsung memberikan kesan ke atas berat motosikal itu sendiri.

Ini cuma memerlukan logik fizik mudah, iaitu semakin ringan, maka semakin laju. Jadi, ekzos yang ringan akan membuatkan sesebuah motosikal jadi lebih laju. Situasi tersebut sama saja seperti motosikal edisi tertentu atau jentera lumba yang menggunakan material aloi atau gentian karbon sebagai komponen utama seperi rim sport, swingarm, fairing dan lain-lain.

Contoh lain, memandangkan titanium adalah material paling ringan, jadi memilih ekzos titanium akan secara automatik memberikan fiil prestasi yang berbeza secara keseluruhan. Itu belum termasuk lagi talaan prestasi khas yang ditawarkan pengeluar ekzos tersebut.

Apapun ingat, keputusan mengubah suai ekzos motosikal sebenarnya mendedahkan anda kepada risiko disaman abang polis dan JPJ!

BACA >>> Mat Motor Ini Beri Alasan Ekzos Bising Sebab Nak Jimat Minyak, Tapi Tetap Kena Saman

Related

1.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: bunyi ekzos, ekzos, ekzos aftermarket, ekzos bising, Jenis Material Ekzos, tahukah anda, TahukahAnda

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
    Polis Tahan Dua Warga Asing Panjat Bumbung Kereta Bergerak di LDP
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev