• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Bagaimanakah Deruman Ekzos Motosikal Boleh Berbeza Bunyi?

#TahukahAnda: Bagaimanakah Deruman Ekzos Motosikal Boleh Berbeza Bunyi?

March 1, 2019 By ZY 1 Comment

6.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DERUMAN ekzos ialah ibarat muzik bagi pencinta motosikal. Tetapi pernahkah anda terfikir, bagaimanakah 'muzik' itu dihasilkan?

Kepada mereka yang baru berjinak-jinak, deruman kapcai dengan ekzos paip besi pun sudah kedengaran hampir sama seperti superbike. Namun, bagi mereka yang berpengalaman, sejenak deruman ekzos singgah masuk ke dalam telinga, maka sudahku tahu sama ada Ninja 250 'knalpot purbalingga' atau Kawasaki Ninja ZX2R! 🤭

Ini kerana jenis enjin berlainan menghasilkan deruman ekzos dengan derapan (exhaust note) berbeza.

Sebelum membuat penerangan lanjut, perlu dijelaskan bahawa kelantangan deruman ekzos tidak sama dengan derapan.

Kelantangan ialah kekuatan bunyi, contohnya, apabila anda menukar ekzos asal kepada ekzos aftermarket lebih lawas, bunyi dihasilkan jadi lebih kuat.

Derapan pula merujuk kepada tona bunyi dihasilkan. Ibarat membandingkan lagu Blackpink dan Michael Jackson. Kedua-duanya menyanyikan lagu pop, tetapi adakah itu bermakna peminat Michael Jackson akan sukakan Blackpink? (Saya minat Michael Jackson, dan jawapannya: TIDAK).

Kembali kepada topik, derapan ekzos berbeza-beza mengikut kombinasi bilangan silinder dalam enjin dan juga pemasaan pembakaran.

BAGAIMANAKAH DERAPAN EKZOS BERBEZA DIHASILKAN?

Asasnya, deruman ekzos terhasil daripada bunyi letupan-letupan pembakaran dalam enjin dan seterusnya disalurkan keluar menerusi paip ekzos. Apa yang memberikan derapan berbeza ialah sela masa antara setiap letupan.

Contoh mudah, ekzos motosikal 2-lejang silinder tunggal lebih bingit berbanding motosikal 4-lejang silinder tunggal kerana pembakaran dan letupan (lejang kuasa) pada enjin 2-lejang berlaku setiap rev (ligatan) enjin, dan sebaliknya berselang-seli untuk enjin 4-lejang.

Terima kasih kepada Youtuber William Moser kerana perbezaan dibincangkan dalam artikel ini kini lebih mudah untuk diperhatikan. Tonton saja video demonstrasi di bawah, dengarlah derapan dihasilkan, dan lihat pula sela masa kelipan lampu serta bandingkan pula kelajuan rev (RPM) di sebelah.

2-LEJANG

  • Pembakaran berlaku setiap rev enjin.

4-LEJANG

  • Pembakaran berlaku pada selang setiap rev enjin.


LEBIH KOMPLEKS WALAUPUN SILINDER SAMA

Bagaimanapun, bagi motosikal 4-lejang berbilang silinder, proses penghasilan 'muzik' lebih kompleks. Ini kerana, walaupun mempunyai bilangan silinder sama, setiap silinder mengalami pembakaran pada sela masa berbeza dan bergantung kepada sudut aci engkol (crankshaft) setiap piston.

Contohnya, enjin 4-lejang dwi-silinder sebaris boleh mempunyai tiga konfigurasi darjah aci engkol berbeza iaitu:

  • 180° - Pin aci engkol  piston kedua setentang dengan pin aci engkol  piston pertama. Banyak digunakan sportbike aras mula seperti Yamaha R25 dan Kawasaki Ninja 250
  • 270° - Pin aci engkol  piston kedua 90° bersebelahan pin aci engkol piston pertama. Biasanya didapati pada jentera dwi-silinder lebih berkuasa seperti Honda Africa Twin, Yamaha MT-07. Pemasaan ini juga hampir sama dengan enjin V-Twin/L-Twin 90°
  • 360° - Pin aci engkol  kedua-dua piston selari satu sama lain. Konfigurasi ini jarang didapati tetapi boleh dilihat pada Benelli TNT300 dan BMW F800.

Ketiga-tiga konfigurasi darjah aci engkol di atas mempunyai pemasaan pembakaran berbeza, mengikut sudut putaran aci engkol  selepas pembakaran piston pertama. Bagi memudahkan kefahaman, bayangkan sela masa setiap darjah ini dalam bentuk jam dan minit (1 putaran lengkap 360° = 1 putaran jam 60 minit)

  • 180° - Pembakaran piston kedua selepas 30 minit (180°), disusuli sela 1 jam 30 minit (540°) sebelum pembakaran semula piston pertama. Sela masa pembakaran ini tidak sekata.

  • 270° - Pembakaran piston kedua selepas 45 minit (270°), disusuli sela 1 jam 15 minit (450°) sebelum pembakaran semula piston pertama. Sela masa pembakaran ini juga tidak sekata, tetapi lebih dekat berbanding 180°

  • 360° - Pembakaran piston kedua selepas 1 jam (360°), disusuli sela 1 jam (360°) sebelum pembakaran semula piston pertama. Sela masa pembakaran setiap piston ialah sekata, dan boleh dibandingkan dengan pemasaan enjin 4-sebaris flat-plane.

* Perincian tentang perbezaan karakteristik kuasa setiap konfigurasi ini akan dijelaskan dalam artikel akan datang


SAMA TAPI TAK SERUPA

Seperti dijelaskan di atas, ada antara pemasaan enjin dwi-silinder mirip kepada pemasaan enjin berbilang silinder lain. Apa kata lihat senarai video di bawah dan buat perbandingan sendiri. Jangan lupa hadiahkan 'Like' sebagai tanda perhargaan! 😉

KREDIT: Youtuber William Moser

6.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: bunyi ekzos, bunyi ekzos benelli tnt300, bunyi ekzos yamaha r25, ekzos, Ekzos Motosikal, tahukah anda

Comments

  1. uphobia says

    March 1, 2019 at 6:33 PM

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
    Honda ADV 150 Akhirnya Lancar di Malaysia, Harga RM11,999!
  • Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah
    Selepas Menang Cabutan Bertuah, Kaki Pancing Hadiahkan Mustang untuk Ayah

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my