ANDA tentu biasa memandu di lebuh raya dan ternampak papan tanda angin lintang (crosswind). Ini menandakan anda perlu berhati-hati kerana tiupan angin itu boleh menyebabkan kemalangan.
Tahukah anda angin lintang di kawasan terbuka amat berbahaya dan mampu menumbangkan sebuah treler bersama muatan kontena atau mencampakkan kereta ke laluan bertentangan?
Ada beberapa kawasan angin lintang di Malaysia. Kalau di lebuh raya, papan tanda amaran akan dipasangkan sebagai peringatan. Sila lakukan langkah-langkah di bawah ini untuk mengurangkan risiko kenderaan tersasar, dan terbabas akibat angin lintang.
BACA >>> #TahukahAnda: Susunan Papan Tanda Nama Tempat Tentukan Lokasi Mana Sampai Dulu?
1. FOKUS PERSEKITARAN
Jika cuaca berangin, anda perlu lebih fokus dan memerhati objek-objek asing di sekeliling, termasuk keadaan kenderaan lain. Perhatian juga perlu diberikan terhadap ancaman tidak dijangka yang mungkin datang dari bahagian tepi kenderaan anda, seperti dahan pokok, sisa asing atau kon pembinaan.
Pandu perlahan dan ketepikan kenderaan anda untuk beri keutamaan laluan kepada lori yang bawa muatan dari arah bertentangan atau bersebelahan. Sebabnya, kenderaan tinggi lebih terdedah kepada risiko terbabas atau terbalik apabila terkena angin lintang kuat.
2. JANGAN PANIK
Panik hanya jadikan keadaan lebih buruk. Apabila kenderaan dipandu mula hilang kawalan, jangan gelabah, tetapi cuba kawal emosi. Tarik nafas beberapa kali untuk menenangkan diri. Ini dapat membantu mengembalikan keyakinan dan fokus untuk mengemudi kenderaan lebih baik.
3. PANDU PERLAHAN
Jangan meningkatkan kelajuan di kawasan angin lintang, atau memecut apabila menyedari kenderaan mula dipukul angin kuat. Ini meningkatkan risiko kenderaan hilang kawalan hingga menyebabkan kemalangan. Anda cuma perlu mengawal kelajuan motosikal atau kereta. Pegang stereng atau hendal dengan kedua-dua tangan.
Anda juga boleh berhenti di bahu jalan dan nyalakan lampu kecemasan jika merasakan tiupan angin lintang terlalu kuat.
BACA >>> #TahukahAnda: Aneka Papan Tanda Haiwan Melintas Seluruh Dunia
4. CUBA LAWAN ANGIN
Jika rasa seperti ditolak ke tepi, sila kawal dan belokkan stereng perlahan-lahan untuk mengembalikan kestabilan kenderaan anda. Ini membantu anda meluruskan semula kenderaan di laluan jalan yang betul. Apa yang penting, jangan buat secara mengejut hingga menyimpang masuk ke laluan bertentang atau ke bahu jalan. Lakukan dengan tenang.
5. PASTIKAN KONDISI KENDERAAN DALAM KEADAAN BAIK
Anda boleh tingkatkan keselamatan dengan memastikan kereta atau motosikal bersedia untuk digunakan di laluan angin lintang. Pastikan tayar mempunyai tekanan angin mencukupi dan bunga tayar tidak botak. Ini membantu menguatkan cengkaman atas jalan.
Sistem suspensi kereta atau motosikal perlu diselenggara apabila tiba masanya. Pastikan juga sistem brek kenderaan dalam keadaan baik, termasuk pad brek.
Anda beberapa model kereta baharu didatangkan dengan teknologi elektronik yang dapat membantu menstabilkan kenderaan. Antaranya model Mercedes-Benz dengan ciri Bantuan Angin Lintang (Crosswind Assist). Ciri ini sesuai untuk mereka yang kerap memandu di lebuh raya atau kawasan terdedah kepada angin lintang.
SUMBER : Carmudi | CarIcos | AdasPartners
Zainal says
Mengapakah laluan Federal Highways KL Ka Klang,papan tanda persimpangan Ka Meru,Kapar Dan K.Selangor Ada terdapat tulisan Ka Bukit Kayu Hitam?.
Dan kadang Kala arah papan tanda Biru tidak tercatit laluan(terdekat)Ka tempat yg Di tuju tetapi mengarahkan pemandu Untuk paksa menggunakan lebuh Raya bertoll(jln Jauh).
3. Terdapat juga had Kelajuan yg Di Kira tidak menasabah Untuk memperlahankan Kenderaan (had laju).Cntoh:semasa keluar Dari toll Untuk masuk Ka laluan lebuh Raya,Federal Highways KL- Klang dll.
4.Apakah Kelajuan,had laju Malaysia mengikut taraf piawayawan Dunia?...saya Kira tidak!hanya sesuka Hati!!