• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / RON95 dengan E4M Kini Ada di Stesen Shell Terpilih

RON95 dengan E4M Kini Ada di Stesen Shell Terpilih

December 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

646
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SHELL Malaysia mengumumkan petrol gred RON95 spesifikasi Euro 4M (E4M) kini boleh didapati di stesen Shell terpilih sebelum dilaksanakan secara menyeluruh di semua stesen seluruh negara bermula 1 Januari 2020.

RON95 E4M adalah gred petrol yang diubahsuai berasaskan spesifikasi Euro 4 dan mampu mengurangkan kadar maksimum kandungan sulfur yang dibenarkan dalam petrol dan diesel daripada 500 bahagian per sejuta (ppm) mengikut standard semasa kepada 50ppm.

Kandungan sulfur rendah penting untuk kebersihan alam sekitar dan juga bagus untuk enjin kerana menghasilkan kadar emisi yang rendah.

BACA >>> Gred Baharu RON95 Mula Dijual Januari 2020, Lebih Kualiti!

Shell FuelSave 95 dihasilkan untuk bergerak lebih jauh, dan kini semakin baik. Ia kini patuh Euro 4M sepenuhnya dan dengan teknologi DYNAFLEX yang membantu mengurangkan geseran enjin. Enjin kini mampu bekerja dengan potensi penuh yang membolehkan anda buat banyak perkara dan pergi lebih jauh. "

"Dengan kandungan sulfur dikurangkan hampir sepuluh kali ganda, FuelSave 95 E4M baharu ini mempunyai manfaat penjagaan kualiti alam sekitar kerana ia mengurangkan pengeluaran asap dan memberikan penyenggaraan enjin yang bersih. Baik untuk pelanggan kami, baik untuk Malaysia."

- SHAIRAN HUZANI HUSAIN, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd dan Shell Timur Sdn Bhd

Related

646
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Bahan Api, bahan api Shell DYNAFLEX, Euro 4M, petrol, ron 95, Ron95, RON95 E4M, Shell Malaysia, Stesen Minyak Shell

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev