POLIS Dubai mengumumkan Mercedes-AMG GT 63 S sebagai model baharu yang akan digunakan sebagai kereta peronda di bandar raya Dubai, Emiriyiah Arab Bersatu (UAE).
Jabatan penguatkuasaan negara pengeluar minyak dunia itu memang terkenal dengan barisan aset penguatkuasaan yang serba mewah dan berprestasi tinggi.
Antaranya Brabus Mercedes-Benz G63, Lamborghini Aventador, Ferrari FF, Mercedes-Benz SLS AMG, Bentley Continental GT, Aston Martin One-77, Chevrolet Camaro SS, Bugatti Veyron, Porsche 918 Spyder, BMW M5, Nissan GT-R, McLaren 12C dan Audi R8.
BACA >>> Skuad Polis Paling Laju di Dunia Ada di Dubai
Pemilihan Mercedes-AMG GT 63 S itu diumumkan Ketua Komander Polis Dubai, Mejar Jeneral Abdullah Khalifa Al Marri. Sama seperti hebahan sebelum ini, jentera berstatus supercar itu akan digunakan untuk meningkatkan kawalan keselamatan di lokasi pelancongan sekitar Burj Khalifa.
Ini termasuk memainkan peranan mempromosikan keunikan dan kemewahan bandar raya Dubai.
BACA >>> Tidak Cukup Supercar, Polis Dubai Bakal Guna Motosikal Terbang Pula!
Mercedes-AMG GT 63 S yang dibeli itu adalah jenis 4-pintu yang dipacu enjin V8 4.0L Twin-Turbo dengan transmisi automatik 9-kelajuan, dan turut dilengkapi sistem pacuan semua roda (AWD) 4Matic.
Jentera ini mampu menjana kuasa setinggi 639hp dan tork 900Nm, manakala pecutan 0-100kmj mengambil masa sepantas 3.2 saat dengan kelajuan maksimum 315kmj.
BACA >>> Motor Polis Paling Laju di Dunia Mungkin Ada di Abu Dhabi
SUMBER: CarScoops
Leave a Reply