• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Ferrari 250 GTO 1962 - Kereta Lelong Paling Mahal Dunia Berharga Lebih RM150K Juta

Ferrari 250 GTO 1962 - Kereta Lelong Paling Mahal Dunia Berharga Lebih RM150K Juta

May 19, 2016 By Han Othman 3 Comments

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

kereta-lelong-paling-mahal

FERRARI 250 GTO Berlinetta 1962 memecah rekod sebagai kereta paling mahal pernah dijual dalam lelongan dengan harga bidaan akhir AS$38,115,000 (RM153,163,837). Jualan dilakukan di rumah bidaan terkenal Britain, Bonhams pada 2014.

Harga tersebut mengatasi rekod lama yang dipegang kereta Formula Satu (F1), Mercedes-Benz W196 (1954) menerusi lelongan pada 2013, sekali gus meletakkan semula nama Ferrari dalam rekod kereta lelongan paling mahal di dunia.

Apa yang membuatkan Ferrari 250 GTO 1962 begitu mahal?

FERRARI PALING IKONIK

ferrari-250-gto-i
ferrari-250-gto-v

Ferrari 250 GT 'Omologato' (GTO) meraih reputasi ikonik sebagai model Ferrari paling sempurna. Ia dibikin bukan saja khas untuk berlumba atas trek, tetapi juga praktikal dan sah bergerak atas jalan raya biasa. Lebih mengagumkan, Ferrari 250 GTO ialah model berstatus juara perlumbaan dunia!

Fakta mendedahkan Ferrari 250 GTO sebenarnya ialah model Ferrari yang dibina khas untuk berlumba dalam Kelas 3-liter di Kejohanan Dunia GT FIA 1962. Ia dihasilkan dalam kuantiti terhad sepanjang tahun pengeluaran 1962-1964. Tanda nama GTO ialah singkatan Itali bagi Gran Turismo Omologato bermaksud Grand Touring Homologated, iaitu perlumbaan enduran homolog.

Sebanyak 36 unit dikeluarkan sepanjang 1962 dan 1963, manakala Siri II diperkenalkan pada 1964 dengan rupa sedikit berbeza. Bagaimanapun, cuma tiga unit baharu Siri II yang dihasilkan, sebaliknya empat unit Siri II lain mengunakan badan Siri I, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan Ferrari 250 GT ialah 39 unit.

Ferrari 250 GTO memenangi kejuaraan dunia sepanjang dua musim pengeluarannya. Mengagumkan, model ini terus menjadi juara pada tahun pertama pengeluaran dan tahun berikutnya (1962-1963).

FERRARI TERHEBAT SEPANJANG ZAMAN

ferrari-250-gto-iv
ferrari-250-gto-iii

Seperti mana kereta lumba lain, nilai sesebuah model itu menurun apabila persaingan menurun. Pada 1970-an, sebuah Ferrari GTO boleh dibeli pada harga semurah di bawah AS$10,000 (RM40,624) bergantung kepada ciri dan karakter dimiliki. Namun, apabila perlumbaan vintaj mula popular, harga kereta seperti Ferrari 250 GTO mula melonjak tinggi disebabkan isu permintaan dan penawaran.

BACA >>> Bukan Ferrari, Lamborghini, Tetapi Inilah Kereta Mewah yang Dipandu Leonardo DiCaprio

Ferrari 250 GTO baharu boleh dibeli pada harga AS$18,000 (RM73,124) di Amerika Syarikat, dan pembeli secara peribadi mendapat kelulusan langsung daripada Enzo Ferrrari.

Pada 2004, Sports Car International menyenaraikan Ferrari 250 GTO di kedudukan ke-8 dalam senarai Kereta Sport Terbaik 1960-an, dan turut dicalonkan sebagai Kereta Sport Terbaik Sepanjang Zaman. Sementara itu, Motor Trend Classic menempatkan Ferrari 250 GTO sebagai model Ferrari Terhebat Sepanjang Zaman.

ferrari-250-gto-xvii
ferrari-250-gto-xv
ferrari-250-gto-xvi
ferrari-250-gto-xiii
ferrari-250-gto-xiv
ferrari-250-gto-xi
ferrari-250-gto-xii
ferrari-250-gto-x
ferrari-250-gto-viii
ferrari-250-gto-vii
ferrari-250-gto-vi
ferrari-250-gto-ix
ferrari-250-gto-i

SUMBER: Bonhams

Related

70
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: autotainment, Ferrari, Ferrari 250 GTO, Gran Turismo, kereta lelong paling mahal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev