• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / Bukan Ferrari, Lamborghini, Tetapi Inilah Kereta Mewah yang Dipandu Leonardo DiCaprio

Bukan Ferrari, Lamborghini, Tetapi Inilah Kereta Mewah yang Dipandu Leonardo DiCaprio

March 1, 2016 By AO 1 Comment

15
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

fisker-karma-leonardo-dicaprio-pandulajudotcomdotmy

AKHIRNYA berjaya juga aktor Hollywood pujaan ramai, Leonardo DiCaprio merangkul gelaran Oscar sebagai Pelakon Terbaik menerusi filem epik survival, The Revenants.

Memandangkan ini ialah laman web permotoran, takkanlah mahu ditulis reviu filem. Nanti sudah jadi tidak tentu arah pula hala tuju PanduLaju. Jadi, tulisan kali ini akan menyentuh kereta yang dimiliki aktor kacak itu. Apakah dia seorang yang low profile atau sama saja seperti tipikal artis Hollywood lain?

Ya, DiCaprio yang lebih mesra dipanggil Leo sama seperti rakan artis lain yang menjadikan kereta mewah sebagai koleksi peribadi mereka.

Menurut laman web Britain, Dailymail pada 2011, DiCaprio membeli supercar buatan Finland, Fisker Karma 2012 bernilai AS$100,000 (RM417,060). Apa yang membezakan Fisker Karma berbanding kereta mewah lain ialah ia sebuah jentera hibrid!

CAKAP SERUPA BIKIN

Seperti kita sedia maklum, DiCaprio memang seorang yang peduli tentang alam sekitar. Jadi tidak hairan dia memilih Fisker Karma sebagai kereta pilihannya yang mungkin rakan artis lain tidak pernah pun mendengar jenama itu. DiCaprio mungkin artis tipikal dengan kereta sport mewah, tetapi cita rasanya bukan klise. Lupakan Ferrari, Lamborghini atau Porsche.

Fisker Karma miliknya itu mempunyai kapasiti enjin 2.0L dan Hibrid 4 yang mampu memecut 0-100kmj di bawah 6 saat dengan kelajuan maksimum 200kmj. Tidaklah laju sangat jika dibandingkan dengan supercar konvensional. Kata orang, pikap mencanak, tapi lajak biasa-biasa saja. Tapi perlu diingat, kelajuan bukanlah prioriti utama DiCaprio.

Fisker Karma dikemasi dengan sentuhan mewah pada ruang dalaman dan luaran. Ciri paling mengagumkan ialah bumbung kaca solar, di mana bumbung kereta ini mampu menyerap tenaga matahari sebagai sumber tenaga bantuan kepada bateri lithium-ion untuk menjana dua motor eletrik. Hebat bukan?

Penggunaan bahan api juga ekonomi iaitu sebanyak 100 batu bagi setiap gelen petrol (160km/3L atau 53.33km/liter). CUkup jimat, sudah serupa Proton Persona!

Fisker Karma menawarkan dua mod pemanduan, Mod Senyap (Stealth) untuk pemanduan rileks yang optimum dan kecekapan penggunaan elektrik, manakala Mod Sport untuk menggunakan kuasa sebenar supercar tersebut.

AKTIVIS EKO

fisker-karma-pandulajudotcomdotmy

Sejak popular, DiCaprio memang dikenali sebagai individu Hollywood yang aktif dan lantang bersuara sebagai aktivis eko. Pada 2000, dia pernah mencabar Presiden George Bush supaya memberi perhatian kepada alam sekitar.

Pada 2007, dia menjadi produser dan penulis skrip bersama, termasuk sebagai narator dalam filem dokumentari mengenai alam semulajadi dan ditayangkan sepanjang 16-27 Mei 2007 sempena Festival Filem Cannes ke-60. Malah, The Revenant yang melayakkan dia menjadi aktor terbaik juga sebuah filem mengenai alam sekitar.

Selain Fisker Karma, DiCaprio juga memiliki kereta elektrik Tesla Roadster bernilai £100,000 (RM580,000).

15
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: anugerah akademi, fisker karma, kereta elektrik, kereta hibrid, leonardo dicaprio, oscar 2016, the revenant

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
    #TahukahAnda: Apakah Punca Brek Gagal Berfungsi?
  • Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
    Yamaha 135LC V6 di Malaysia, Ada 4 Benda Baharu Tapi Enjin Sama - Harga RM6,868
  • Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
    Fahami Fungsi Lampu Kereta Anda, Jangan Pasang Ikut Suka Saja!
  • Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 
    Pemilik BMW Bongkar Taktik Penipuan Insurans untuk Tuntut 'Lost Of Use' 

PANDU UJI

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my