• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / E-Tunai Rakyat: TnG, Boost dan Grab Dipilih untuk Agih Insentif RM30

E-Tunai Rakyat: TnG, Boost dan Grab Dipilih untuk Agih Insentif RM30

December 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

386
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KERAJAAN menerusi Khazanah Nasional Bhd memilih tiga penyedia perkhidmatan bayaran atas talian berasaskan dompet elektronik atau e-dompet (e-wallet), Touch ‘n Go eWallet, Boost dan GrabPay untuk menyertai program e-Tunai Rakyat bernilai RM450 juta.

Program itu dijadualkan dilancarkan pada 15 Januari 2020 yang mana semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas, melibatkan 15 juta orang, dengan pendapatan kurang RM100,000 setahun layak mendapat insentif e-kredit RM30 seorang.

BACA >>> Sunway Lancar SPS, Sistem Parkir Pintar Guna e-Dompet, Tanpa Bayaran Tunai

e-wallet-boost
e-wallet-grabpay
e-wallet-tng

Insentif e-kredit RM30 boleh digunakan untuk membeli barangan dan perkhidmatan yang disediakan menerusi e-dompet pilihan bermula 15 Januari hingga 14 Mac 2020.

Khazanah Nasional Bhd dilantik Kementerian Kewangan untuk memudahkan dan menyelaraskan program e-Tunai Rakyat, dengan mendapat kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam memastikan inisiatif dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa ditetapkan dan selamat.

Program e-Tunai Rakyat bertujuan mempercepatkan transformasi ke arah penggunaan e-dompet dan pembayaran digital dalam kalangan pengguna dan peniaga di Malaysia, terutama perniagaan kecil.

Semua penyedia perkhidmatan e-dompet yang dipilih adalah berdasarkan jumlah besar pengguna aktif selain memiliki  rangkaian penjual luas, kepakaran teknikal, kedudukan kewangan kukuh dan tenaga kerja untuk membangunkan sistem, proses dan prosedur diperlukan.

Maklumat lanjut mengenai e-dompet ini, anda boleh layari layari laman web Touch 'n Go eWallet (tngdigital.com.my), Boost (myboost.com.my), dan GrabPay (grab.com/my/pay/).

BACA >>> Touch ‘n Go eWallet: Daftar Kad TNG, dan Guna Baki e-Dompet untuk Bayar Tol DUKE

Related

386
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Boost, e-Tunai, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev