• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM Rancang Perkenal Famili Baharu 490

KTM Rancang Perkenal Famili Baharu 490

December 22, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KTM bakal memperkenalkan siri motosikal baharu, 490 pada masa akan datang, terdiri daripada lima segmen berbeza, iaitu:

  • 490 Duke
  • 490 Adventure
  • RC490
  • 490 SMC R
  • 490 Enduro R

Menariknya, pengenalan 490 ini tidak akan menggantikan famili 390, tetapi sebagai tambahan famili baharu dalam KTM. Ini termasuk mengekalkan segmen sedia ada lain seperti 125 dan 250.

Maklumat mengenai rancangan masa depan KTM itu tertulis dalam dokumen pembentangan untuk kumpulan pelabur, disediakan Pierer Mobility yang 49 peratus dimiliki Bajaj India.

BACA >>> #EICMA2019: KTM 1290 Super Duke R (2020) yang Lebih Ringan, Berkuasa

Dokumen sama turut mendedahkan pelan KTM untuk meluaskan famili 890 menerusi pengenalan varian Adventure, SMC dan Enduro R. Menariknya, siri 490 itu nanti akan dipacukan enjin dwi-silinder baharu dengan menumpukan pasaran jualan di Eropah.

Bagi famili 390 pula, KTM bakal memperkenalkan dua varian baharu, 390 SMC R dan 390 Enduro R.

Dokumen tersebut juga membentangkan beberapa varian dwi-silinder 890 selepas debut 890 Duke R di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 lalu. Model KTM 890 yang tersenarai ialah Adventure, SMC dan Enduro yang mana siri itu akan menjadi pelengkap kepada siri 790 dan 690.

BACA >>> #EICMA2019: KTM 390 Adventure (2020) Debut di Milan, Ada Harapan ke Malaysia?

Produk off-road nampak hampir sama, tetapi ada penambahan dirt bike elektrik, SX-E5 versi lebih berkuasa, termasuk pilihan model untuk kanak-kanak berumur 3-14 tahun.

Bagaimanapu, dokumen itu tidak mendedahkan bilakah semua model baharu tersebut akan diperkenalkan. Selain 890 Duke R yang diperkenalkan bulan lalu, mungkinkah varian lain akan muncul dalam tempoh dua tahun ini.

490 dijangka tiba ke pasaran tahun depan. Adakah pameran Intermot dan EICMA akan menjadi medan pilihan KTM untuk majlis pengenalan rasmi?

BACA >>> Spyshot: Betulkah KTM Hasilkan 890 Duke?

SUMBER: Motorcycle.com | KTM | Pierer Mobility

Related

447
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: KTM, KTM 490, KTM 490 Adventure, KTM 490 Duke, Pierer Mobility, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
    #SembangDeras: Sistem Bayaran Tol Digital Masih Kucar-Kacir, Sampai Bila Nak Tunggu Seragam?
  • Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
    Beli Denza D9 Dapat Pakej Eksklusif Bernilai RM5k, Tawaran Sah Sepanjang September Ini!
  • Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
    Skuter Gaya Retro Moden MODA Moca 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM3,988
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev