• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Lorenzo Jadi Penunggang Uji Yamaha M1?

Lorenzo Jadi Penunggang Uji Yamaha M1?

December 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


JUARA dunia tiga kali, Jorge Lorenzo khabarnya akan kembali semula ke padok MotoGP. Namun kehadirannya itu nanti adalah tanpa tekanan kerja dan berita terbaharu itu semestinya menimbulkan pelbagai spekulasi. Apakah peranan sebenar Lorenzo selepas beliau mengumumkan persaraannya daripada MotoGP?

Ramai mengaitkan kemunculan semula beliau dengan bekas pasukannya, Yamaha. Menerusi TV Servus di Austria, pelumba Sepanyol itu pun masih belum pasti peranannya untuk musim 2020.

BACA >>> Inilah Sebab Kenapa Lorenzo Bersara

Dah tentu aku akan kembali ke padok, tapi aku tak tau untuk buat apa lagi. Kami pasti akan jayakannya, mungkin aku akan cakap pasal tu tak lama lagi. Aku dah banyak mengembara, 17 tahun dalam hidup, selalu  di hotel sama, trek sama, tempat sama dan buat benda sama.

"Ada banyak tekanan, ada banyak kecederaan. Dan sentiasa pula cuba berikan yang terbaik walaupun dalam latihan. Aku selalu tengok diri aku sebagai seorang yang gembira dengan apa yang aku dibenarkan buat, apa yang aku suka, dan aku berjaya.

"Tetapi bila kau dapat peluang untuk hidup lebih bebas dan tenang, macam aku ada sekarang, kemudian kau ambil manfaat daripadanya dan nikmati apa yang ada tanpa tekanan, dan tengoklah apa yang hidup ini berikan."

- JORGE LORENZO

PELUMBA RUJUKAN YAMAHA

Jorge Lorenzo Yamaha 2
Jorge Lorenzo Yamaha
Rossi:Valentino

Lorenzo boleh dikatakan pelumba rujukan Yamaha untuk jentera M1. Walaupun rookie Yamaha, Fabio Quartararo mengagumi  Valentino Rossi, tetapi pada masa sama dia juga mengakui terpesona dengan gaya tunggangan 'butter hammer' Lorenzo.

Malah, bekas pelumba satelit Yamaha, Johann Zarco pun pernah menjadikan Lorenzo sebagai pelumba rujukan dalam memahami jentera M1.

MAMPU BANTU PULIHKAN YAMAHA?

Lorenzo dan M1 seakan ada kimia tersendiri, kerana gabungan kedua-duanya nampak begitu padu satu sama lain. Ada menganggap Lorenzo akan menjadi penunggang pembangunan M1 yang mana kehilangan pelumba itu sebelum ini membuatkan Yamaha diibaratkan seperti kapal kehilangan nakhoda.

Yamaha kehilangan tetapan asas untuk dijadikan rujukan semua pelumba dan ini terjadi di semua trek. Yamaha juga pernah memperkenalkan pasukan ujian Eropah buat kali pertama tahun ini, dikendalikan bekas pelumba Tech3, Jonas Folger. Namun, Yamaha mengesahkan tidak meneruskannya kerana terikat kontrak.

Selepas itu, pasukan itu cuba beralih kepada Zarco untuk menjadikan dia sebagai penunggang uji Yamaha tahun depan, dan bekerjasama dengan bekas Ketua Krew Rossi, iaitu Silvano Galbusera. Bagaimanapun tawaran itu diketepikan Zarco selepas dia bersetuju berlumba tiga pusingan terakhir untuk LCR Honda bagi menggantikan Takaaki Nakagami yang cedera.

BACA >>> Rossi Puji Pelumba Muda MotoGP Kerana Cepat Sesuaikan Diri

Menariknya, Rossi pernah memuji Lorenzo dengan menyifatkan bekas rakan pasukannya itu sebagai pelumba yang sangat pantas dan dapat membantu Yamaha.

Jadi mungkinkah apa dimaksudkan Lorenzo dengan kembali semula ke padok adalah beliau akan menjadi penunggang uji Yamaha? Jika benar, ia pasti memantapkan lagi pasukan Yamaha kerana kedua-dua pihak ada sejarah panjang tersendiri. Lagipun, semua kejuaraan kelas premier (2010, 2012 dan 2015) yang diraih Lorenzo adalah ketika beliau menjadi pelumba Yamaha.

BACA >>> Rossi: Jentera Prototaip Yamaha M1 (2020) Bishe-Bishe Sahaja

SUMBER: Motorsport

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: 2020 MotoGP, Jorge Lorenzo, MotoGP, Pasukan Yamaha MotoGP, roda2, Valentino Rossi, Yamaha

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
    JPJ Perkenal Rekaan Baharu Lesen Memandu Malaysia (LMM)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev