Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Petronas Rai Kejayaan F1, Pasukan Pertama Juara Berganda 6 Kali Berturut-Turut
Auto Terkini

Petronas Rai Kejayaan F1, Pasukan Pertama Juara Berganda 6 Kali Berturut-Turut

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju13/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MERCEDES-AMG PETRONAS Motorsport
baru saja menjulang Kejuaraan Formula Satu (F1) enam kali berturut-turut bagi kategori pengeluar dan pemandu. Kerjasama konglomerat nasional Petronas dan pengeluar automotif Jerman, Mercedes dengan pelumba Britain, Lewis Hamilton nyata membuahkan hasil dengan meraih kejayaan yang cukup luar biasa.

Ini bukan usaha dan komitmen individu, tetapi kerjasama berpasukan membabitkan gabungan kualiti jentera milik Mercedes, teknologi bendalir dihasilkan Petronas, dan pelumba hebat seperti Hamilton dan Valtteri Bottas, termasuk kerjasama dengan krew pasuk yang diterajui Prinsipal dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport, Toto Wolff.

Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Zahariah (Liza) Abdul Rahman berkata, kerjasama Petronas dan Mercedes jelas mengharumkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.

Liza berkata;

“Kami pasukan pertama dalam sejarah F1 memenangi kejuaraan dunia berganda enam tahun berturut-turut. Kejayaan ini membuktikan keberkesanan Petronas sebagai syarikat tenaga Malaysia yang mampu bersaing di persada dunia melalui penyelesaian teknologi bendalir yang diformulasikan dalam produk kami – Syntium, Primax dan Tutela.

“Semua ini terhasil dengan perancangan teliti dan kerjasama baik.”

Kejayaan Petronas dalam F1 bersama Mercedes turut dirasai dalam arena dua roda menerusi Kejuaraan Dunia MotoGP apabila pasukan satelit Petronas Yamaha Sepang Racing Team merebut gelaran Pasukan Independen Terbaik (Best Independent Team) dan Rookie Terbaik (Rookie of the Year) melalui Fabio Quartararo.

BACA >>> Pelumba Termuda Mula Petak Pertama MotoGP, Petronas Yamaha SRT Lakar Sejarah


Dalam perkembangan lain, Petronas Lubricants International (PLI) turut mengambil peluang mengukuhkan lagi perniagaan bersama pengeluar tulen (OEM) dalam dan luar negara supaya pengguna umum dapat menikmati produk yang dirumus khas daripada teknologi F1.

Menariknya, pembabitan golongan wanita dalam sukan permotoran juga membanggakan apabila Stephanie Travers (foto atas) dari Zimbabwe dipilih sebagai Jurutera Bendalir Trek Petronas (Petronas Trackside Fluid Engineer) dengan mengetepikan 7,000 pemohon lain dari seluruh dunia, tahun lalu.

Liza berkata, Petronas memang menggalakkan staf wanita untuk memainkan peranan penting dalam organisasi, termasuk dalam sukan permotoran,.

Menurutnya, laluan kejayaan pelumba F1 lebih sukar berbanding pelumba MotoGP. Pelumba yang mahu mencuba nasib dalam F1 perlu memulakan pembabitan mereka seawal usia kira-kira 4-6 tahun seperti di Eropah. Sebaliknya MotoGP diserap tanpa mengambil kira faktor usia. Nampak mudah tetapi sukar!

“Fokus Petronas kini adalah penyelidikan, pembangunan teknologi dan bakat seperti saintis dan jurutera. Jalinan kerjasama bersama Mercedes memberikan Petronas platform untuk mengecapi objektif itu. Perjalanan pelumba tidak mudah dan sebab itulah saya rasa menaja pelumba bukan agenda kami dalam masa terdekat.” katanya.

BACA >>> PETRONAS Sprinta Racing Pilih Dixon Sebagai Pelumba Moto2 Musim 2020!

GALERI
Fabio Quartararo Lewis Hamilton Mercedes MERCEDES-AMG PETRONAS Motorsport Petronas PETRONAS Lubricants International (PLI) PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team Stephanie Travers Toto Wolff
Admin PanduLaju

Artikel Berkaitan

Bikin Auto

#BikinAuto: M Performance Track Kit untuk BMW M2 dan Ekzos M Performance untuk BMW M2 CS

02/03/2026
Lee Chong Wei kini pemilik Zeekr 7X
Auto Terkini

Lee Chong Wei Kini Pemilik Zeekr 7X!

02/03/2026
KTM Komuter
Auto Terkini

KTM Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

02/03/2026
Prototaip SUV EV 'Porsche K1'
Roda4

Porsche ‘K1’ – SUV Elektrik Lebih Besar daripada Cayenne Dijangka Tiba 2027

27/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Hp vs Tork | James Watt
0
Autotainment

#TahukahAnda: Kuasa Kuda vs Tork, Apakah Perbezaan dan Kenapa Penting?

By Han Othman23/02/2026
Lebuhraya GCE
Auto Terkini

KM18 Lebuhraya Guthrie Arah Utara Ditutup Sementara

By Shazwan Hisam24/02/2026
Aerotrain KLIA
Auto Terkini

MAHB Kenakan Penalti RM9.1 Juta kepada Kontraktor Projek Aerotrain KLIA

By Syafie01/03/2026
Pekerja binaan maut dihempap pengorek jengkaut di Tumpat, Kelantan
Auto Terkini

Pekerja Tapak Binaan Maut Dihempap Pengorek Jengkaut

By Shazwan Hisam25/02/2026
0
ApaNakBuat

Perodua: Tekan ‘Push Start Button’ Sekali Saja, Kalau Lebih Itu Mitos

By Syafie26/02/2026
Stesen minyak Shell di Filipina.
Auto Terkini

Harga Bahan Api Naik Hari ini untuk Petrol, Diesel

By Han Othman24/02/2026
Auto Terkini

Baru 5 Minit Buka! Tiket Bas Balik Raya ke Kelantan Terus ‘Licin’

By Syafie25/02/2026
Anthony Loke-Siew Fook | Tonto
Auto Terkini

MOT Sokong SPRM Tahan Penguat Kuasa Terlibat Kartel Tonto

By Syafie26/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.