PRODUK automotif China memang banyak. Pada pameran di Shanghai atau Beijing, ada puluhan (mungkin cecah ratusan) jenama automotif keluaran republik itu. Bezanya, ada yang selesa sekadar menjadi jaguh kampung dan ada menembusi pasaran luar negara sama ada produk kereta atau motosikal (termasuk bas, trak, dan lokomotif!).
Semasa mengunjungi Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 lalu, saya sempat melihat beberapa jenama motosikal China yang mengambil kesempatan mempromosikan produk mereka. Reruai atau ruang pameran yang dibuka bukan bersaiz kecil, dan mereka cukup agresif. Tolak ke tepi dulu soal kualiti dan originaliti.
BACA >>> Feely 450 - Sportbike dari China pada Harga Moped
Terkini, satu lagi produk China bersedia menyerbu pasaran Eropah untuk menentang jenama Jepun yang sudah lama berkubu di rantau itu. Namanya, Lexmoto LXR 380 dan ini bukan produk pertama pengeluar tersebut. Lexmoto sebelum ini pernah memasarkan LXR 125.
Sportbike itu dijual pada harga lebih murah £2,399 (RM11,100) daripada CBR500R. Menurut MCN, sportbike itu ialah motosikal segmen A2 pertama dipasarkan Lexmoto dan dijual pada harga jauh lebih murah, iaitu £3,699.99 (RM17,120). Pengeluar China memang bijak dalam menetapkan penanda aras harga dalam pasaran.
BACA >>> Pereka China Cipta Motor Terbang DIY Selepas 1,559 Kali Buat Ujian
Dipacu enjin 378cc Parallel-Twin dibangunkan Zongshen, LXR 380 mampu menjana kuasa 40.2hp @ 9,000rpm dengan kelajuan maksimum 140kmj. Walaupun kurang laju berbanding pesaing Jepun, tetapi angka kuasa itu sudah memadai untuk tunggangan responsif dalam bandar.
Jentera patut Euro4 itu turut didatangkan dengan ciri brek cakera depan jenis petal dengan ABS. Suspensi menggunakan fork terbalik (USD) di depan dan monoshock di belakang, sama seperti LXR SE 125. Tayar daripada jenis tiubles jenama bajet, CST bersaiz 120/70 x 17 (depan) dan 160/60 x 17 (belakang).
Menariknya, pelanggan yang berminat hanya perlu meletakkan deposit serendah £100 (RM462) dan jentera itu dapat dimiliki pada ansuran £74.56 (RM345) selama 60 bulan. Wow!
BACA>>>Rekacipta Konsep Beg Udara dengan Pelana Boleh Tanggal Seperti Jet Pejuang
wan says
mana nak dapat motor ni di malaysia