• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!

Proton Perkenal Model MPV, SUV Baharu Tahun Depan!

December 9, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

7.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON akan memperkenalkan beberapa model baharu tahun depan dalam segmen kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kenderaan utiliti sukan (SUV) sebagai sebahagian perkongsian strategik dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Tahun ini, Proton memperkenalkan empat model naik taraf iaitu Saga, Persona Iriz dan Exora. Jadi, tahun depan, pengeluar nasional itu mungkin tidak akan memperkenalkan model kemas kini, sebaliknya menumpukan kepada pengeluaran model baharu. Salah satu daripadanya ialah Proton X50 yang khabarnya dilancarkan pertengahan 2020.

Menurut laporan BHarian, jurucakap Geely di China mendakwa pengeluar itu bakal mempunyai barisan produk penuh tahun depan. Geely juga komited mahu memperkenalkan kenderaan elektrik (EV) dan mensasarkan 90 peratus jualan kenderaan EV bermula 2020.

BACA >>> Sumber: Proton X50 Akan Lancar Ogos 2020, Dipasang Sepenuhnya di Tanjung Malim

Proton X50 Malaysia

 

Proton X70 pemasangan tempatan (CKD),  dijangka diperkenalkan penggal pertama 2020 sebelum disusuli X50 pada penggal kedua. Sesetengah model kenderaan dan teknologi terbaharu Geely bakal dimuatkan pada model Proton dalam masa terdekat. Difahamkan model sedan yang akan ditampilkan bakal menjadi pengganti Preve, manakala MPV menggantikan Exora.

Berdasarkan perjanjian Geely dan Proton, model baharu syarikat konglomerat China itu tidak boleh dipasarkan secara terus Geely. Jadi bagi pasaran pemanduan sebelah kanan, Geely tidak akan bersaing dengan Proton. Jadi, bagi membolehkan Geely memasuki pasaran Proton atau Malaysia, produk dihasilkan perlu dijenamakan semula.

BACA >>> 15 Fakta Pantas: Tentang Geely Jia Ji yang Perlu Anda Tahu (Foto Luaran + Dalaman)

Related

7.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Geely, Geely Binyue, Geely Jia Ji, Model MPV Diesel Pertama Citroen, MPV, Proton, proton suv, Proton X50

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my