• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?

#TahukahAnda: Kenapa Tayar Mesti Kena Pasang Penutup Tiub?

December 12, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

13.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENUTUP batang injap (valve stem) atau tiub tayar mungkin nampak seperti plastik yang tidak bernilai, tetapu tahukah anda itu sebenarnya salah satu komponen penting bagi tayar.

Penutup kecil ini lazimnya berwarna hitam dan ada juga dalam bentuk logam krom atau lain-lain warna, biasanya dikhaskan untuk rim sport mahal atau buatan aftermarket. Ada pemilik kenderaan menukar penutup asal mengikut pilihan warna dan bentuk masing-masing.

BACA >>> #ApaNakBuat: Perlukah Tayar Motosikal Diimbangkan?

Injap Schrader dan Penutup Plastik
Injap Schrader dan Penutup Logam

Sebenarnya itu lebih kepada penampilan, tetapi tiada masalah pun. Apa yang penting, batang injap setiap tayar perlu ditutup. Penutup kecil itu membantu menghalang habuk, kotoran dan juga air masuk ke dalam atau atas injap Schrader.

Sekiranya habuk, kotoran atau air yang tidak diingini memasuki kawasan injap, karat atau hakisan boleh berlaku pada permukaan batang injap. Air boleh datang daripada 3 punca utama, iaitu hujan, ketika mencuci kenderaan atau banjir dan lopak air.

Kerosakan itu boleh mengakibatkan kebocoran pada bahagian injap atau menghalang angin diisi ke dalam tayar. Injap yang terdedah kepada objek asing atau air turut membuatkan prestasi tayar merosot disebabkan kehilangan tekanan atau angin pada kadar lebih pantas.

Jika batang injap tayar sudah terjejas, tiada pilihan lain selain menukarkan tiub baharu.  Pemilik kenderaan harus lebih peka dan memastikan penutup batang injap dipasang semula setiap kali mengisi angin tayar.

Anda juga disarankan memeriksa injap angin untuk mengesan kehadiran takungan air, lebih-lebih lagi musim tengkujuh atau hujan. Jika ada air, lapkan permukaan injap dan keringkan sebelum menggantikan penutup angin sedia anda.

BACA >>> #TahukahAnda: Isi Angin Tayar Nitrogen vs Oksigen, Mana Satu Lebih Baik?

CAR Valve (5)
CAR Valve (4)
CAR Valve (1)

SUMBER: Montaguebikes | Mercedessource

Related

13.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: autotainment, Batang Injap, Injap Schrader, Penutup Batang Injap, Penutup Injap Tayar, Schrader Valve, tahukah anda, Tayar, tip kereta, Valve Stem

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
    Bot TLDM Rempuh Bot Pelancong dalam Raptai Demonstrasi LIMA ’25
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev