• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Wave Alpha Kini dengan Rekabentuk Baharu, Tiada Lagi Signal Depan Capang

Honda Wave Alpha Kini dengan Rekabentuk Baharu, Tiada Lagi Signal Depan Capang

December 5, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) memperkenalkan model Wave Alpha baharu dengan rekabentuk dan grafik badan dikemas kini. Kali terakhir BSH melakukan kemas kini seragam model kapcai itu adalah pada Disember tahun lalu.

Wave Alpha (2020) baharu kini tampil dengan fairing depan serba baharu yang digabungkan bersama lampu signal depan. Tiada lagi lampu signal capang yang menjulur keluar di sebelah lampu utama seperti model terdahulu.

Fairing depan baharu ini juga membuatkan penampilan kapcai ini lebih lebar, termasuk memiliki lekuk aerodinamik lebih baik pada fairing sisi, madgad dan tidak terkecuali panel depan. Akhir sekali ialah rekaan grafik baharu.

BACA >>> Honda Wave Alpha Dapat Seragam Baharu Sambut 2019, Hitam-Kuning Paling Memikat

 

Keselesaan pembonceng dipertingkat dengan bar tangan daripada material getah khas untuk varian rim sport. Trenkuasa masih sama seperti dulu, dikuasakan enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc OHC penyejukan udara berkuasa 8.23hp @ 7,500rpm dan tork 8.42Nm @ 5,500rpm dengan transmisi klac automatik 4-kelajuan, manakala tangki petrol berkapasiti 3.7 liter.

Wave Alpha (2020) hadir dengan tiga warna iaitu, Vivacity Red (merah), Pearl Nightfall Blue (biru) dan Cipper Yellow (kuning) dalam dua pilihan varian pada harga seperti berikut:

  • Wave Alpha (rim sport) - RM4,589
  • Wave Alpha (rim spoke) - RM4,339

BACA >>> Honda BeAT (2019) Tampil Konsep Urban Jalanan yang Lebih Segar dan Muda

GALERI
Honda Wave Alpha (2019)_6
Honda Wave Alpha (2019)_1
Honda Wave Alpha (2019)_2
Honda Wave Alpha (2019)_3
Honda Wave Alpha (2019)_4
Honda Wave Alpha (2019)_5
Honda Wave Alpha Roda Spoke (2019)_2
Honda Wave Alpha Roda Spoke (2019)_1
Honda Wave Alpha Roda Spoke (2019)_3
Honda Wave Alpha Roda Sport (2019)_2
Honda Wave Alpha Roda Sport (2019)_1
Honda Wave Alpha Roda Sport (2019)_3

Related

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda (BSH), Honda, Honda Wave, Honda Wave Alpha (2019), Kapcai, roda2

Comments

  1. Azuwan says

    December 9, 2019 at 9:19 AM

    Lampu signal capang ni baik pd wave alpha atau honda RS150 adalah idea yg paling bodoh dr Honda.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev