• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Wave Alpha Dapat Seragam Baharu Sambut 2019, Hitam-Kuning Paling Memikat

Honda Wave Alpha Dapat Seragam Baharu Sambut 2019, Hitam-Kuning Paling Memikat

January 11, 2019 By Aryon Leave a Comment

766
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BOON Siew Honda (BSH) membuka tirai 2019 dengan memperkenalkan seragam baharu untuk Wave Alpha dan BeAT. Pengenalan corak grafik baharu itu dijangka menarik perhatian bakal pembeli motosikal jenis kapcai dan skuter baharu yang tercari-cari motosikal berpenampilan segar dan pada masa sama mampu menawarkan praktikaliti dan penjimatan bahan api terbaik.

Kali terakhir BSH mengemas kini Wave Alpha ialah pada November 2017, juga warna baharu (merah) yang diilhamkan sempena seragam jentera Cub Prix musim itu. Jadi memang munasabah BSH mengemas kini Wave Alpha tahun ini memandangkan tiada sebarang kemas kini dilakukan sepanjang tahun lalu.

BACA >>> Honda Wave Alpha 2017 Berwajah Baharu - Harga RM5,086

Wave Alpha (2019), sebagai peneraju segmen kapcai enjin kecil di Malaysia, tampil dalam dua varian: rim sport dan rim spoke.  Setiap varian didatangkan dengan tiga pilihan warna baharu: Pearl Magellanic Black (hitam), Vivacity Red (merah) dan Pearl Nightfall Blue (biru).

Bagaimanapun, warna Pearl Magellanic Black untuk varian rim sport diberikan strip kuning, sekali gus menjadi satu-satunya warna khas untuk varian ini. Varian rim sport juga dipasangkan brek cakera depan dan tiub fork hitam, sebaliknya varian rim spoke menggunakan brek dram dan fork perak

Pearl Magellanic Black
Pearl Nightfall Blue
Vivacity Red

Berikut harga pasaran Wave Alpha (2019), tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran:

  • Wave Alpha (rim sport) - RM4,516
  • Wave Alpha (rim spoke) - RM4,275

Wave Alpha (2019) dijana enjin 4-lejang silinder tunggal 110cc OHC penyejukan udara berkuasa 8.23hp @ 7,500rpm dan tork 8.42Nm @5,500rpm dengan transmisi klac automatik 4-kelajuan, manakala tangki petrol 3.7 liter.

GALERI
Pearl Magellanic Black
Pearl Magellanic Black
Pearl Nightfall Blue
Pearl Nightfall Blue
Vivacity Red
Vivacity Red
honda-wave-alpha-2019-malaysia-7
honda-wave-alpha-2019-malaysia-8
honda-wave-alpha-2019-malaysia-9
honda-wave-alpha-2019-malaysia-10
honda-wave-alpha-2019-malaysia-6
honda-wave-alpha-2019-malaysia-5
honda-wave-alpha-2019-malaysia-4
honda-wave-alpha-logo
766
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: auto terkini, Bonn Siew Honda (BSH), BSH, Honda Wave Alpha (2019), Honda Wave Alpja, Kapcai, Moped, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Harga Petrol & Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
    Harga Petrol & Diesel Naik Lagi! (23/01/21)
  • Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
    Honda Brio Sepatutnya Jadi Model Asal Iriz, Tetapi Ditolak Proton Sebab...
  • Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
    Inilah Senarai Aktiviti yang BOLEH dan TAK BOLEH Sepanjang PKP 2.0 [12/01-26/01/2021]
  • Syarikat Israel Hasilkan Bateri EV yang Boleh Cas Sepantas 5 Minit Sahaja!
    Syarikat Israel Hasilkan Bateri EV yang Boleh Cas Sepantas 5 Minit Sahaja!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my