DUA beradik dari Kampung Banggol, Setiu, Terengganu menghasilkan motor banjir dengan mengubah suai motosikal Modenas Kriss 110 dan Honda C70 untuk digunakan sebagai pengangkutan meredah banjir di kampung mereka.
Ikram Shahidi Mat Kail dan adiknya Muhammad Zakaria bergabung tenaga mengubah suai botol plastik bagi menggantikan tangki minyak, karburetor dan saluran udara ke karburetor, hujung paip ekzos yang setiap satu diletakkan lebih tinggi dari aras biasa supaya boleh ditunggang melepasi paras banjir.
Menurut dua beradik itu, yang turut mempunyai bengkel kecil di kampung mereka, segalanya bermula dengan perasaan ingin mencuba, tetapi tidak menyangka ia membuahkan hasil. Berkat bantuan idea rakan-rakan, minat terhadap komponen motosikal sejak kecil dan ditambah pengalaman bekerja dengan mekanik lain membolehkan motor banjir itu disiapkan hanya dalam masa dua jam!
"Hebak anak muda kampong! Bijok sampai orang Jepung buleh geleng pala’." Begitulah antara pujian diberikan warga maya dalam laman Facebook.
BACA >>> #ApaNakBuat: 9 Tip Redah Banjir yang Perlu Anda Tahu (Jika Terpaksa)
SUMBER: Bernama
Leave a Reply