• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Honda, Repsol Berpisah Akhir Musim 2020?

Honda, Repsol Berpisah Akhir Musim 2020?

December 5, 2019 By Admin PanduLaju 1 Comment

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BERITA terkini Speedweek ini cukup menggemparkan. Khabarnya pasukan pengilang Honda tidak akan meneruskan kontrak kerjasama dengan konglomerat minyak dari Sepanyol, Repsol selepas berakhir musim MotoGP 2020 nanti.

Jika benar apa dikhabarkan, tahun depan akan menjadi musim terakhir untuk peminat permotoran dan media menyebut Repsol Honda. Menurut Speedweek lagi, maklumat tidak rasmi itu diluahkan salah seorang pengurus kanan Honda Racing Corporation (HRC) pada GP Jepun di Motegi, beberapa bulan lalu.

PENGARUH KUAT SEPANYOL

Bagaimanapun, sumber itu  tidak menjelaskan kenapa HRC mahu berpisah dengan Repsol, tetapi ada dakwaan yang mengaitkan pengaruh kuat Sepanyol (Repsol) dalam pasukan tersebut. Bercakap tentang pengaruh, ia biasanya bergantung kepada banyak faktor daripada kewangan hingga bakat.

Dari segi kewangan, wartawan David Emmet berkata, bagi menjenamakan semula Honda, khabarnya Repsol perlu melaburkan tidak kurang €12-€15 juta (RM55- RM69 juta) setahun. Jika benar gaji setahun (2019) Marc Marquez mencecah €15 juta (RM69 juta), boleh dikatakan hampir semua dana pelaburan Repsol perlu digunakan untuk membayar pelumba muda itu.

BACA >>> Selain Insentif Juara RM9j Setahun, Marquez Mengaku Suka Honda Sebab Dengar Cakap

Sementara itu, muncul spekulasi lain yang mengatakan HRC sendiri perlu mengeluarkan dana tidak kurang €70 juta (RM323 juta) untuk semusim perlumbaan. Bagaimanakah pula gaji Marquez tahun depan?

Sebelum ini pun sudah ada desas-desus menyebut tambahan €2 juta (RM9 juta) setahun sekiranya Marquez menjadi juara dunia dan minimum €17 juta (RM78 juta) setahun adalah angka logik sebagai anggaran gaji tahun depan.

Ini bermakna menjelang 2021, gaji Marquez mungkin berada pada angka €20 juta (RM92 juta) setahun atau 1/3 daripada pelaburan kewangan pasukan tersebut hanya untuk membayar gaji pelumba Sepanyol itu.

Seandainya Honda cuba berpisah dengan Repsol, dan pada masa sama tiada penaja menggantikan Repsol, maka pelan kewangan perlu distrukturkan semula kerana Marquez akan berusia 28 tahun pada 2021, yang juga umur emas bagi seseorang pelumba dan pastinya angka kontraknya tidak mungkin turun.

BACA >>> Bahu Marquez Sebelah Kanan Pula Tercabut!

HAMPIR 1/3 PELABURAN BAYAR GAJI MARC

lg5_9590.big
marquez_ab5af05
Screenshot 2019-12-05 at 8.42.59 AM

Bayangkanlah, sepertiga daripada keseluruhan dana operasi perlu disediakan untuk Marquez dan Honda mungkin perlu mengurangkan bajet divisyen lain, termasuk bahagian kajian dan penyelidikan (R&D). Jika pelaburan kewangan R&D dikurangkan, ini meletakkan RC213V dalam risiko disaingi pencabar lain.

Cara lain?

Ibu pejabat HRC, iaitu Honda Motor Japan perlu mencari pengganti Repsol dan ini bukan masalah besar kerana menurut Forbes, syarikat motosikal Honda sendiri meraih keuntungan sebesar AS$19 juta (RM79 juta) pada 2019, dan dijangka mencapai angka AS$20.1 juta (RM83.8 juta) menjelang akhir 2020 nanti.

Melihat angka tersebut, Honda sendiri boleh mengambil alih kedudukan Repsol. Bagaimanapun, masih tiada khabar berita mengenai calon pengganti Repsol itu. Ada berpendapat antara calon paling berpotensi ialah syarikat minuman tenaga, Red Bull yang ada kaitan dengan Marquez, dan begitu juga Shell.

shell-advance-honda-1
shell-advance-honda-2

Kenapa Shell? Jawapannya, Shell sebelum ini pernah bekerjasama dengan Honda selama dua dekad yang mana nama Shell Advance pernah tertera pada sisi fairing jentera lumba GP250, Honda NSR250.

BACA >>> Dilema Honda Naikkan Gaji Marquez atau Korbankan Bajet R&D

Related

1.8k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, Honda, honda motor, Honda Racing Corporation (HRC), HRC, Marc Marquez, MotoGP 2020, Pasukan Repsol Honda, repsol, Repsol Honda, roda2, Speedweek, sukan permotoran

Comments

  1. Erik says

    December 6, 2019 at 7:56 PM

    Gaji nenek aku potong rumput blakang rumah lagi mahal

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
    Honda Prelude Buka Bab Baru Dalam Dunia Kereta Sport
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098
    HYLM Kemas Kini Yamaha YZF-R25 2025 Baharu, Harga RM23,098

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev