• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / #TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat

#TahukahAnda: 5 Mitos Jimat Minyak yang Boleh Diikut, Tapi Jangan Percaya Sangat

December 4, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN depan harga petrol RON95 di Semenanjung Malaysia akan mengikut harga pasaran global. Tiada lagi harga tetap RM2.08 seperti sekarang kerana harga minyak boleh jadi naik dan boleh jadi turun.

Ada bermacam-macam cara dan tip yang diajar dan dikongsikan untuk menjimatkan minyak. Namun faktanya, ia tetap bergantung kepada cara anda memandu, kondisi kenderaan dan situasi pemanduan yang saling berkait rapat.

Namun, ada beberapa mitos atau fakta separa benar (half truth) yang berlegar dalam kalangan pemilik kenderaan yang dipercayai mampu menjimatkan petrol. Faktanya, sedarkah kita kadangkala cara yang digunakan itu berpotensi menimbulkan masalah ke atas kereta? Apakah trik dan mitos tersebut?

BACA >>> 5 Tip Jimat Minyak Khas Buat Penunggang Motosikal Kuasa Tinggi

1. ISI MINYAK ¾ DARI KAPASITI MAKSIMUM

Membiarkan ¼ bahagian tangki minyak kosong dipercayai dapat mengurangkan pengewapan dan boleh memberikan penjimatan.  Selain itu, trik ini mampu mencegah minyak tumpah kerana goncangan jika tangki diisi penuh.

Sebenarnya tidak tepat kerana kereta hari ini sudah dilengkapi sistem pemulihan pengewapan (vapor recovery) yang berfungsi mengelak penguapan walaupun tangki minyak diisi penuh.

BACA >>> 10 Tip Ketahui Kondisi Kereta Selepas 5 Tahun, Masih OK, Jimat Minyak atau Banyak Masalah?

2. LETAK GEAR PADA 'N'

Ketika isi minyak,  posisi gear diletakkan pada N kerana minyak tidak akan disuntik ke enjin, dan ini boleh menjimatkan petrol. Trik ini salah dan tiada kena mengena antara isi petrol dan posisi gear. Kenderaan sekarang sudah dilengkapi sensor yang secara automatik menutup injektor bahan bakar apabila enjin berhenti.

3. ISI MINYAK WAKTU PAGI/MALAM

Ramai menganggap minyak lebih pekat dan banyak jika diisi pada subuh atau malam, atau pada suhu rendah. Sebaliknya, jika isi minyak ketika cuaca panas, kuantiti minyak adalah  sedikit kerana berlaku pengewapan. Fakta ini jelas tidak benar, malah jumlah minyak yang diisi sebenarnya tiada perbezaan pun.

BACA >>> Proton 1 Tank Adventure [SIRI 1]: Minyak Dah Berkelip, Masih Boleh Pandu Saga ~200km!

4. ISI MINYAK SAMPAI TUMPAH

Jika isi minyak sampai tumpah, kononnya kuantiti minyak lebih banyak dan jimat.  Ini pun salah, sudahlah minyak tumpah, kita pula yang rugi. Seperti dimaklumkan, kereta hari ini dilengkapi sistem pemulihan pengewapan yang akan mengesan paras minyak dalam tangki. Jadi, isi saja minyak mengikut paras ditetapkan.

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 5 Tip Mahu Jimat Minyak Motosikal Anda

5. GONCANG KERETA

Banyak kali juga kita lihat warga Singapura menggoncangkan kereta mereka ketika mengisi minyak di Johor, kononnya setiap ruang tangki dipadatkan dengan petrolnya selepas udara dalam tangki disingkir keluar. Situasi ini membuatkan kuantiti minyak lebih padat.

Trik ini salah kerana minyak bukan dalam bentuk pepejal, tetapi cecair  yang secara automatik akan mengisi setiap celah kosong dalam tangki. Ia seperti anda masukkan air ke dalam botol yang mampu memuatkan air 1 liter sambil mengharapkan botol tersebut dapat mengisi lagi 200ml air. Memang tidak munasabah.

BACA >>> #ApaNakBuat: Inilah 5 Tip Mahu Jimat Minyak Motosikal Anda

Related

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, jimat minyak, petrol, TahukahAnda, tip jimat minyak

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev