• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Indonesia Lancar Yamaha NMAX 155 (2020), Kini dengan Kawalan Traksi, Aplikasi Mobil

Indonesia Lancar Yamaha NMAX 155 (2020), Kini dengan Kawalan Traksi, Aplikasi Mobil

December 2, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BEBERAPA bulan lalu muncul beberapa imej intip Yamaha NMAX 155 (2020) facelift sedang ditunggang uji. Akhirnya PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM) rasmi memperkenalkan skuter maksi itu bersama dua model lain.

NMAX 155 (2020) facelift didatangkan dengan kemas kini ciri elektronik baharu seperti enjin dengan teknologi Smart Motor Generator (SMG) berserta ciri henti lalu, kawalan traksi  dan konektiviti telefon pintar menerusi aplikasi My Yamaha.

BACA >>> #Spyshot: Yamaha NMAX Facelift Dilihat Sedang Diuji di Lampung, Indonesia

Panel meter memaparkan takometer, spidometer, indikator bahan api, dan odometer, termasuk notifikasi panggilan telefon dan mesej. Ciri lain termasuk pengesan lokasi motor dan ciri answer back. Jika pemilik terlupa lokasi parkir, kedudukan motor boleh dikesan menggunakan GPS menerusi aplikasi My Yamaha.

NMAX 155 (2020) facelift juga dilengkapkan penghidup tanpa kunci (keyless entry) dan palam pengecas USB. Jika mahu melihat paparan maklumat pada panel meter, penunggang hanya guna punat pada bar hendal, manakala lampu kini menggunakan ciri LED penuh.

Ada empat pilihan warna untuk dipilih, iaitu hitam, putih dan biru untuk NMAX 155 ABS, manakala warna merah doff untuk NMAX 155 tanpa ABS.

Harga skuter maksi ini masih belum diputuskan, tetapi dianggarkan sekitar Rp30 juta (RM8,880). Menariknya, majlis pelancaran turut dihadiri pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales dan pelumba Pata Yamaha WorldSBK Team, Michael van der Mark.

BACA>>>#BikinMotor: Honda PCX 150 Guna Tukar Rim RCB Yamaha NMax, Pasang Tayar Zeneos

GALERI
YAMAHA NMAX (2020)_3
YAMAHA NMAX (2020)_2
YAMAHA NMAX (2020)_1
YAMAHA NMAX (2020)_8
YAMAHA NMAX (2020)_9
YAMAHA NMAX (2020)_10
YAMAHA NMAX (2020)_11
YAMAHA NMAX (2020)_4
YAMAHA NMAX (2020)_5
YAMAHA NMAX (2020)_6
YAMAHA NMAX (2020)_7

SUMBER: TMCBlog

Related

98
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Hong Leong Yamaha Motor, Maverick Viñales, Michael van der Mark, PT Yamaha Indonesia Motor Manufacturing (YIMM), roda2, skuter, skuter maksi, Yamaha, Yamaha NMAX, Yamaha NMAX (2020), Yamaha NMAX (2020) Facelift

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Tutup Berperingkat Mula 26 Oktober
  • Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
    Honda CB650R 2026 Tampil Empat Warna Baharu, Teknologi E-Clutch
  • Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
    Johan Raja Lawak Jadi 'Tauke' Kedai Motosikal EV dengan Sokongan GGR Motor
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev