• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal

#ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal

December 2, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MOTOSIKAL yang menggunakan sproket dan rantai sebagai sebahagian sistem pacuan perlu diambil berat kerana setiap satu komponen menggalas tugas yang sangat penting.

Sproket dan rantai dicipta untuk membantu menyalurkan kuasa dari enjin ke roda belakang, dan prestasi akan merosot mengikut tempoh masa penggunaan. Jadi, sebelum berlaku situasi itu, pemilik motosikal harus memahami bilakah masa yang tepat untuk menukar dua komponen berkenaan.

Sproket
Rantai

Lazimnya, antara tanda awal sproket dan rantai perlu ditukar adalah bunyi kasar yang kedengaran ketika menunggang. Bunyi kasar itu kadangkala datang bersama gegaran yang berpunca daripada rantai. Ada dua cara boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah berkenaan, iaitu:

  • Minyakkan semula rantai guna gris, atau pelincir rantai khas.
  • Ketatkan semula ketegangan rantai.
minyakkan-rantai
ketatkan-rantai

Jika selepas rantai ditegangkan dan diminyakkan dapat menghilangkan bunyi kasar, itu menandakan rantai motosikal anda masih boleh digunakan. Anda tidak perlu menukar baharu kerana bunyi berkenaan terjadi akibat faktor kehausan. Cuma perlu diselenggara.

BACA >>> #ApaNakBuat: Bagaimanakah Mengesan Rantai dan Sproket Motosikal Masih OK atau KO?

RANTAI MASIH BERBUNYI?

rantai spoket
gigi-sproket-haus

Namun, jika  sudah menegangkan rantai tetapi masih berbunyi kasar, anda perlu berbelanja untuk menukar rantai baharu. Bagi sproket, anda perlu lihat gigi gear sama ada terdapat kesan bengkok, tajam atau kehausan (lihat foto atas). Jika ada, sudah tiba masa untuk ditukar baharu.

Lazimnya, sproket dan rantai ditukar baharu apabila jarak tunggangan mencecah 25,000km. Bagaimanapun, anda disarankan merujuk pengeluar motosikal asal untuk mengetahui jarak perbatuan sebenar yang bersesuaian sebelum menukar set sproket baharu. Anda juga disarankan menukar satu set lengkap sproket dan rantai untuk memastikan prestasi pacuan roda motosikal amda kekal optimum.

rantai-putus-motor-2
rantai-motosikal-1

Sebaliknya, jika memilih untuk lambat menukar, anda berdepan risiko rantai terputus ketika sedang menunggang.

Apakah terjadi jika rantai terputus? Kalau menunggang dalam kelajuan tinggi, komponen itu boleh tertanggal dan melibas komponen lain seperti swingarm dan absorber. Anda juga berdepan risiko terlibat kemalangan atau tercedera akibat masalah rantai putus. Jangan ambil mudah!

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga

SUMBER: Suzuki.co.id

Related

4.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apa nak buat, autotainment, rantai motosikal, sprocket, sproket, Tip Servis Rantai Motosikal

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!
    Miliki MPV Elektrik Mewah Denza D9 dengan Tawaran Naik Taraf Hingga RM15,000!

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev