• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Raih Kedua, Ketiga Terpantas di Jerez, Suzuki Ecstar Pun Dah Mula Fokus 'Top Speed'

Raih Kedua, Ketiga Terpantas di Jerez, Suzuki Ecstar Pun Dah Mula Fokus 'Top Speed'

November 28, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUZUKI Ecstar mendakwa duo pelumba pasukan pengilang itu, Alex Rins dan Joan Mir kini 80 peratus berpuas hati dengan prototaip GSX-RR (2020) sepanjang sesi ujian dua hari di Valencia, Sepanyol baru-baru ini.

Suzuki Ecstar dikatakan tidak membangunkan enjin baharu untuk saingan musim depan. Apa dilakukan ialah rombakan terhadap enjin 2019 yang diharapkan mampu mencabar dominasi Yamaha, Ducati atau Honda tahun depan.

Suzuki kali ini menumpukan kepada dua komponen utama, iaitu enjin dan elektronik yang menurut pasukan itu, prototaip GSX-RR (2020) kini memiliki kuasa lebih besar dan halus berbanding model terdahulu.

BACA >>> Suzuki GSX-RR Milik Alex Rins Terbakar di Pit Sepang

Namun, masih banyak perkara perlu dilakukan untuk kelajuan maksimum yang dipercayai menjadi kelemahan pasukan tersebut sepanjang musim ini. Pengurus Teknikal Suzuki, Ken Kawauchi berkata, keutamaan pasukan kini adalah menguji jentera spesifikasi 2020 yang mana kedua-dua pelumba memberikan respons positif. Suzuki turut menyelesaikan beberapa masalah elektronik sepanjang Rabu lalu.

BACA >>> Suzuki Gixxer SF 250 MotoGP Edition Lancar di India, Unit Terhad dengan Teknologi SOCS

Ken berkata;

Spesifikasi final enjin 2020 hanya dapat diputuskan musim sejuk ini menerusi penambahbaikan pakej baharu yang sesuai dengan regulasi teknikal MotoGP, dan memerlukan pengeluar membuat homoglasi jentera baharu sebelum bermula pusingan pertama di Losail, Qatar.

Masih terlalu awal untuk buat keputusan akhir dan berpuas hati dengan enjin ini, tapi apa yang pasti, kami kini di laluan yang betul - di Jerez kami sekali lagi fokus terhadap enjin dan mencari penyelesaian baharu untuk bahagian elektronik yang diharapkan membantu kami membuat keputusan akhir (pemilihan enjin untuk homologasi). Kemudian pakej itu boleh siap untuk ujian Sepang."

Sementara itu Pengurus Suzuki Ecstar, Davide Brivio berkata, keputusan akhir mengenai spesifikasi jentera perlu diperoleh sebelum rehat musim sejuk supaya Rins dan Mir dapat menajamkan fokus tunggangan dan kemudian beralih ke bahagian lain.

"Rins dan Mir lebih selesa dengan pakej enjin baharu ini, tetapi kami perlukan masa untuk buat lagi, terutama bahagian elektronik dan setup. Kami turut membandingkan beberapa bahagian lain dan buat masa ini kami fokus terhadap enjin dan elektronik. Di Sepang nanti  kami mesti buat beberapa modifikasi baharu pada casis,” kata Brivio.

Pada hari kedua ujian pramusim di Jerez, Rins berada di kedudukan kedua dengan rekod masa 1:37.837, disusuli rakan pasukannya, Mir (1:37.959).

BACA >>> #MotoGP: Juara Moto3, Joan Mir Ganti Iannone untuk Suzuki Ecstar

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, Alex Rins, Davide Brivio, GSX-RR (2020), Joan Mir, Ken Kawauchi, MotoGP 2020, roda2, sukan permotoran, Suzuki, Suzuki Ecstar, Ujian Pramusim 2020

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

#PanduUji GAC Emkoo, SUV Futuristik Dari RM120K

JENAMA automotif China, GAC Motor, baru sahaja memperkenalkan SUV … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev