• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / RON95 Naik 1 Sen Setiap Minggu, Mula Tahun Depan

RON95 Naik 1 Sen Setiap Minggu, Mula Tahun Depan

November 27, 2019 By Azhan O 1 Comment

488
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


HARGA petrol RON95 akan dinaikkan satu sen setiap minggu hingga menyamai harga pasaran apabila diapungkan secara berperingkat sebaik saja Program Subsidi Petrol (PSP) dilaksanakan Januari depan supaya tidak membebankan pengguna.

Kenyataan itu dibuat Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen dipetik HMetro pada sesi jawab lisan di sidang Dewan Rakyat, hari ini.

BACA >>> Subsidi Petrol: Mekanisme Kad95 untuk M40 Akan Diumumkan 5 Bulan Lagi

“Keputusan mengapungkan harga minyak bagi meringankan kos hidup rakyat selain mengelak harga barangan tidak naik secara mendadak.

“Kita akan apungkan harga petrol berperingkat sebanyak sen satu seminggu sehingga harga RON95 sampai harga pasaran,” katanya.

Bagaimanapun, PSP tidak akan dilaksanakan di Sarawak, Sabah dan Labuan yang akan terus menikmati harga subsidi RON95 pada harga RM2.08 seliter.

Chieng Jen berkata lagi, kementerian juga ada Akta Kawalan Harga supaya peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan selepas pelaksanaan PSP.

Sebelum ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan PSP hanya berkuat kuasa di Semenanjung sahaja yang bakal meringankan beban kira-kira 2.9 juta penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang memiliki berkenderaan.

Sebagai ganti, penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan akan menikmati subsidi petrol secara pukal iaitu pada harga runcit semasa RM2.08 seliter selepas Kerajaan mengambil kira keperluan penduduk di sana yang menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel.

BACA >>> Ganti Tiada Subsidi Petrol, Kerajaan Kekalkan Harga RON95 untuk Sabah, Sarawak

Related

488
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Chong Chieng Jen, harga minyak, petrol, Program Subsidi Petrol (PSP), PSP, Ron95, Subsidi Minyak

Comments

  1. MOHD ALIF BIN ABDUL WAHAB says

    November 28, 2019 at 2:41 PM

    cantik...

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • 'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
    'Makgad' Kena Tahan Disyaki Lakukan Pemerasan di Hospital Kajang
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori
    Lelaki Curi Kenderaan Majikan Terlibat Dua Kemalangan Sebelum Maut Dirempuh Lori

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev