• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Ganti Tiada Subsidi Petrol, Kerajaan Kekalkan Harga RON95 untuk Sabah, Sarawak

Ganti Tiada Subsidi Petrol, Kerajaan Kekalkan Harga RON95 untuk Sabah, Sarawak

October 7, 2019 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


SUSULAN pengenalan program subsidi petrol bermula 1 Januari 2020, Kerajaan bakal mengapungkan harga RON95 mengikut pasaran global, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dipetik Astro Awani.

Ini bermakna harga RON95 sekarang (RM2.08 seliter) akan kekal hingga tengah malam 31 Disember 2019. Selepas itu harga jenis petrol itu akan berubah secara beransur-ansur hingga setara harga pasaran dunia.

BACA >>> Subsidi Petrol: Mula 1 Januari 2020, Bantuan Tunai Masuk Terus ke Akaun!

Namun, penduduk di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan kekal menikmati harga RON95 pada RM2.08 seliter kerana dikecualikan subsidi petrol disediakan.

Saifuddin berkata;

Kerajaan mengambil kira keperluan penduduk Sabah, Sarawak dan Labuan yang kebanyakannya menggunakan kenderaan berkapasiti enjin besar dan diesel. Oleh itu rakyat di sana dikecualikan daripada PSP dan pengapungan harga jualan runcit petrol RON95."

Ketika ditanya mengenai kemungkinan berlaku kenaikan harga barang selepas pengapungan harga RON95, Saifuddin berkata pihaknya akan menerus tugas pemantauan dengan melibatkan 3,000 kakitangan dan 2,300 pegawai pemantau harga di seluruh negara.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya membuat aduan menerusi talian 1800-886-800, aplikasi telefon pintar EzADU atau WhatsApp di talian 019-2794317 jika berlaku sebarang kenaikan melampau daripada peniaga.

BACA >>> 7 Skuter Bajet Mesra Subsidi Sempena Sambut 2019

KOMEN KAMI

Keputusan ini pasti dapat meredakan keresahan dan kemarahan penduduk di Sabah dan Sarawak yang sebelum ini mempertikaikan kewajaran Kerajaan tidak memberikan subsidi petrol kepada mereka.

Namun, adakah keputusan itu memuaskan hati penduduk di Semenanjung? Ini kerana beberapa respon warga maya mendakwa bantuan subsidi petrol diberikan itu tidaklah sebanyak mana berbanding keperluan, iaitu cuma RM30 sebulan untuk kereta dan RM12 sebulan untuk motosikal. Bantuan itu pula diberikan setiap empat bulan sekali.

Apa kata anda?

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Borneo, Petrol RON95, Program Subsidi Petrol, Sabah, Sarawak, Subsidi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
    #TahukahAnda: Apakah Maksud dan Fungsi Lejang dalam Enjin 4-Lejang dan 2-Lejang?
  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
  • #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah
    #TahukahAnda: Kenali 4 Warna Asap Ekzos untuk Petunjuk Awal Kereta Bermasalah

PANDU UJI

#TunggangUji: Ducati Multistrada V4 S - Sport Tourer Serba Canggih, Lincah dan Berkuasa!

SEGMEN sport-tourer, iaitu motosikal jelajah berkuasa tinggi ialah … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: VinFast Vento yang Sesuai untuk Petrol RM5.50 Seliter (di Vietnam)!

MOTOSIKAL elektrik bukan lagi asing di Vietnam, tambahan lagi apabila … [Baca Lagi...]

#PanduUji: KIA Carnival Bukan 'Peti Ais' Lebuh Raya, Lebih Selesa, Mewah untuk Keluarga

CARNIVAL ialah model pertama KIA yang diperkenalkan ke pasaran … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my