• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Aksesori / Kit Hibrid untuk Ducati 1299 Panigale dengan Ekstra Kuasa 300hp!

Kit Hibrid untuk Ducati 1299 Panigale dengan Ekstra Kuasa 300hp!

November 25, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SYARIKAT kejuruteraan dan elektronik Itali, Efesto sudah pun melancarkan kit ubah suai yang mampu menukarkan Panigale 1299 yang tidak lagi berfungsi kepada jentera hibrid!

Efesto 200 Novantanove Hybrid Kit cuma perlu dipasangkan terus pada jentera tersebut tanpa melibatkan ubah suai struktur dan komponen sedia ada dan dikatakan mampu meningkatkan kuasa setinggi 100hp dan tork lebih 149Nm.

BACA >>> Ducati 1299 Panigale R Final Edition Sempena Tribut Enjin Silinder Kembar Legenda!

Ducati 1299 Panigale Standard
Ducati 1299 Panigale dengan Kit Hibrid

Opsyen empat mod membolehkan penunggang memilih untuk disesuaikan dengan senario tunggangan, iaitu  Pure Thermic, Pure Electric, Boost dan Custom.

  • Pure Thermic - Membolehkan enjin L-Twin beroperasi sambil mengecas bateri dengan brek regeneratif atau bertindak sebagai generator.
  • Pure Electric - Mod tunggangan elektrik sepenuhnya selama 40 minit yang mana terotel hanya mengawal motor elektrik yang membolehkan penunggang menunggang dengan halaju 70kmj.
  • Boost - Menggunakan kelebihan enjin L-Twin dan motor elektrik dengan menggabungkan kuasa dan tork untuk menghasilkan kuasa 300hp dan tork  296Nm.
  • Custom -  Penunggang boleh buat tetapan sendiri untuk kombinasi tork dan kuasa hibrid yang dimahukan.

Kit ini  bukan sekadar modifikasi pasang dan pakai (plug and play) saja. Ini kerana motor elektrik dipasangkan bawah swingarm, dengan kuasa dihantar ke roda belakang menerusi aci pacu (drive shaft) sekunder dan tetapan rantai.

Bahagian belakang gemuk - yang nampak seakan 'kotak makan tengah harijentera MotoGP Ducati - berfungsi sebagai ruang storan bateri dan set elektronik. Secara keseluruhan, kit tersebut menambah berat sekitar 25kg, sekali gus menambah kuasa kepada berat jentera ini. Jadi, terima kasih kepada jumlah besar kuasa yang berupaya menampung berat tambahan tersebut.

Harga sebenar kit tersebut belum didedahkan.

BACA >>> Bocor Paten Kompartmen Bateri, BMW Motorrad Bakal Keluarkan Model Hibrid ?

GALERI
ducati-panigale-hybrid-1
ducati-panigale-hybrid-2
Ducati 1299 Panigale Standard
Ducati 1299 Panigale Standard
Ducati 1299 Panigale dengan Kit Hibrid
Ducati 1299 Panigale dengan Kit Hibrid
ducati-panigale-1299-hybrid-kit-1
ducati-panigale-1299-hybrid-kit-2
ducati-panigale-1299-hybrid-kit-3

SUMBER: VisorDown

Related

2k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Aksesori, Roda4 Tagged With: Auto Terkini, Ducati, Ducati 1299 Panigale, Ducati Panigale 1299, Efesto, Efesto 200 Novantanove Hybrid Kit, Kit Hibrid Ducati 1299 Panigale, Kit Ubah Suai

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
    #TahukahAnda: 4 Jenis Pengadang Jalan di Malaysia yang Perlu Anda Tahu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
    Bas Bawa Pelajar UPSI Tayar Pecah Terbabas Masuk Longkang, 17 Cedera
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev