• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda4 / Nissan Sentra (2020) Diperkenalkan di AS, Tampil Menawan dengan Teknologi Tinggi

Nissan Sentra (2020) Diperkenalkan di AS, Tampil Menawan dengan Teknologi Tinggi

November 21, 2019 By Abang Hirata Leave a Comment

12.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MENGAGUMKAN! Itulah yang boleh dikatakan untuk usaha terbaharu Nissan dalam menghidupkan sedan di sebalik populariti kenderaan utiliti sukan (SUV).

Barisan sedan yang dikeluarkan Nissan seperti Maxima, Altima, Versa (Almera) generasi baharu semuanya tampil seragam dengan rekabentuk menawan.

BACA >>> Nissan Sylphy Serba Baharu Debut dengan Aerodinamik Seperti GT-R

Terbaharu, Nissan memperkenalkan Sentra (2020) sempena Pameran Auto Los Angeles 2019 dan ini ialah pengenalan kedua selepas debut di Pameran Auto Shanghai, April lalu.

Apa kena mengena Sentra dengan negara kita? Sentra sebenarnya adalah nama lain kepada Sylphy dan model itu sudah pun ditamatkan jualan di Malaysia. Persaingan memang sengit, tetapi Sentra baharu ini nampaknya lebih bersedia untuk berentap dengan Civic dan Altis baharu.

Di Amerika Syarikat (AS), Sentra ialah model Nissan paling laris Nissan dengan jualan kumulatif lebih 6 juta unit. Diperkenalkan kali pertama pada 1982, Sentra (2020) baharu ini adalah model generasi ke-8 yang dibina berasaskan platform baharu dengan rekabentuk jauh berbeza berbanding generasi terdahulu.

BACA >>> ETCM Sah Perkenal Nissan Almera Serba Baharu, Termasuk Kicks, Sylphy dan Leaf

Dimensi Sentra (2020) adalah 2 inci lebih rendah dan 2 inci lebih lebar berbanding model lama. Rekabentuk luaran menggunakan identiti baharu Nissan seperti gril V-motion, lampu LED utama tirus dan bumbung apung menerusi rekaan pilar-C yang melandai ke belakang seperti gaya model fastback.

Nissan Sentra.18
Nissan Sentra.16
Nissan Sentra.14
Nissan Sentra.26

Ruang kabin menggunakan kemasan lebih halus dan mewah dari segi pemilihan material dan rekaan. Antara ciri mewah diberikan ialah kerusi Zero Gravity untuk sokongan tulang belakang dengan fungsi pemanas, paparan pandang keliling pintar (IAVM), unit infotainment NissanConnect dengan skrin sentuh apung 8 inci dan konektiviti Apple CarPlay and AndroidAuto.

Bahagian enjin, Nissan menggantikan nadi 1.8L pada model terdahulu dengan 2.oL berkuasa 149hp dan tork 197Nm. Aspek pengendalian menggunakan suspensi bebas pada bahagian belakang dan sistem stereng elektrik baharu.

Dalam persaingan sedan segmen-C, penting untuk sesebuah model itu mempunyai ciri teknologi bantuan pemanduan dan keselamatan terbaik. Malah, Almera yang baru saja dilancarkan di Thailand pun turut dibekalkan ciri keselamatan hebat untuk kelasnya.

Sentra (2020) baharu ini dilengkapi teknologi Nissan Safety Shield 360 sebagai ciri standard, terdiri daripada Brek Kecemasan Automatik (AEB) dengan Pengesan Pejalan Kaki, Brek Belakang Automatik (ARB) dan Bantuan Lampu Puncak Tinggi (AHB). Ini termasuk ciri seperti 10 beg udara, Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA), Amaran Pelanggaran Depan Pintar (iFCW) dan Amaran Pemandu Pintar (IDA).

Sentra (2020) akan mula dijual di AS pada Januari depan. Bagaimanakah pula dengan pasaran Malaysia? Jawapannya, masih terlalu awal untuk disahkan. Jika ikut turutan, Almera akan dilancarkan dahulu selepas pengenalan di Thailand awal minggu ini.

BACA >>> Spesifikasi Nissan Almera Thailand Didedahkan, Guna Enjin 1.0L Turbo (100hp, 152Nm)

Nissan Sentra.01
Nissan Sentra.02
Nissan Sentra.03
Nissan Sentra.04
Nissan Sentra.05
Nissan Sentra.06
Nissan Sentra.07
Nissan Sentra.08
Nissan Sentra.09
Nissan Sentra.10
Nissan Sentra.11
Nissan Sentra.12
Nissan Sentra.13
Nissan Sentra.14
Nissan Sentra.15
Nissan Sentra.16
Nissan Sentra.17
Nissan Sentra.18
Nissan Sentra.19
Nissan Sentra.20
Nissan Sentra.21
Nissan Sentra.22
Nissan Sentra.23
Nissan Sentra.24
Nissan Sentra.25
Nissan Sentra.26
Nissan Sentra.27
Nissan Sentra.28
Nissan Sentra.29
Nissan Sentra.30
Nissan Sentra.31
Nissan Sentra.32
Nissan Sentra.33
Nissan Sentra.34
Nissan Sentra.35

Related

12.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda4 Tagged With: Nissan, Nissan Sentra, Nissan Sylphy

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev