• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Zarco Pegang Rekod Pelumba MotoGP 2019 Paling Banyak Kemalangan

Zarco Pegang Rekod Pelumba MotoGP 2019 Paling Banyak Kemalangan

November 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

417
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA Marc Marquez ialah juara MotoGP enam kali, siapa pula pemegang rekod pelumba MotoGP paling banyak terbabas atau terlibat kemalangan.

Jawapannya - Johann Zarco dengan rekod 17 kali kemalangan, diikuti Jack Miller (15 kali) dan Marc Marquez/Francesco Bagnaia (14 kali).

Tahukah anda, Marquez mencatatkan rekod kemalangan paling rendah tahun ini jika dibandingkan dua tahun lalu, iaitu  23 kali (2018) dan 27 kali (2017) 😱. Lain pula kekanda Valentino Rossi yang hanya mengalami kemalangan trek sebanyak lapan kali saja. Benar kata pepatah, old is gold!

BACA >>> Marquez Tamatkan MotoGP 2019 Penuh Gaya, Lorenzo Bersara, Hafizh Dapat Mata

Berdasarkan data rasmi jumlah kemalangan dikeluarkan Dorna, sebanyak 220 kali kemalangan direkodkan sepanjang saingan MotoGP 2019, iaitu 22.6 peratus daripada jumlah kemalangan keseluruhan musim. Data itu juga menyatakan musim ini insiden kemalangan menurun 9.84 peratus (971 kali) berbanding 2018 (1,077 kali) dalam pelbagai peringkat kelas.

Musim ini litar Le Mans merekodkan kemalangan paling banyak, iaitu 90 kali, tetapi angka itu boleh dianggap kecil jika dibandingkan kemalangan tahun lalu, iaitu 109 kali.

Kelas Moto3 mencatatkan rekod kemalangan terbanyak, iaitu 404 kali yang mewakili 41.61 peratus daripada jumlah keseluruhan kemalangan sepanjang 2019. Pelumba Moto3 paling banyak terjatuh ialah Tom Amos, iaitu 22 kali diikuti dua pelumba Jepun, Kaito Toba (19 kali) dan Kazuki Masaki (18 kali).

Sementara itu, kelas Moto2 merekodkan 347 kali kemalangan atau  35.73 peratus daripada keseluruhan musim 2019 dengan Sam Lowes mendahului takhta, iaitu 20 kali kemalangan, diikuti Marco Bezzechi (18 kali) dan Xavi Vierge (17 kali).

BACA >>> #MotoGP2017: Minyak Habis, Johann Zarco Nekad Tolak Motor Hingga Garis Penamat
BACA >>> Rossi: Zarco Tak Ada Feeling dengan KTM

Related

417
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, Auto Terkini, Johann Zarco, Kejuaraan Dunia MotoGP, KTM, MotoGP, MotoGP 2019, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
    Sportbike QJMotor SRK250R 2025 Lancar di Malaysia, Harga Promosi RM9,988!
  • Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
    Honda GB350 C 2026 - Motosikal Gaya Klasik untuk Pasaran Jepun, Harga RM20.5k
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95
    Kerajaan Umum Kuota Terkawal Subsidi RON95

PANDU UJI

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev