• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #MotoGP2017: Minyak Habis, Johann Zarco Nekad Tolak Motor Hingga Garis Penamat

#MotoGP2017: Minyak Habis, Johann Zarco Nekad Tolak Motor Hingga Garis Penamat

September 11, 2017 By AO 2 Comments

FacebookTwitter


TENTU anda masih ingat lagi tentang aksi pelumba negara kita, Adam Norrodin pada April tahun lalu yang menolak motosikalnya selepas terjatuh kira-kira 20 meter sebelum garis penamat dalam saingan Moto3 di Grand Prix (GP) Argentina. Aksi dramatik Adam itu pantas mengundang maklum balas cukup beremosi di kalangan peminat dan pemerhati sukan permotoran seluruh dunia.

Tahun ini, aksi sama turut berlaku dan kali ini menimpa pelumba MotoGP, Johann Zarco apabila motosikalnya kehabisan minyak di pusingan terakhir dalam saingan GP San Marino di Misano, Itali. Dia ketika itu berada di kedudukan ketujuh.

What a heroic effort from Zarco as he pushes his bike over the line!💪

He still finished in the points 👏 pic.twitter.com/05mFvPO0F6

— MotoGP™🇸🇲🏁 (@MotoGP) 10 September 2017

Sesetengah pelumba mungkin akan berputus asa dan menyerah, sekali gus mendapat status gagal menamatkan perlumbaan atau DNF, tetapi tidak bagi Zarco. Pelumba kelahiran Perancis itu nekad menolak motosikalnya hingga ke garisan penamat dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-15 dengan menguti 1 mata berharga.

Dengan 28 pusingan perlumbaan dalam keadaan trek basah, apa ditunjukkan Zarco itu jelas mempamerkan kecekalan dan kesungguhan seorang pelumba yang enggan mengaku kalah.

Terbaik, Zarco!

SUMBER: Car Throttle

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: GP San Marino, Johann Zarco, MotoGP, roda2, San Marino GP

Comments

  1. Zamri says

    September 11, 2017 at 8:17 PM

    Satu M7 satu lagi Monster. Dua2 ada air tenaga, dua2 warna hijau. Kebetulan sungguh…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
    Honda Winner X 160 Mampu Cabar Yamaha Exciter 155 VVA?
  • #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
    #SembangDeras: Benarkah Cas Guna Soket Kereta Boleh Rosakkan Bateri Telefon Anda?
  • #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
    #Spyshot: Dikesan Ditunggang Uji, Kapcai 150cc Filipina Masuk Malaysia?
  • #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!
    #Videotomotif: Meter Yamaha Exciter 155 VVA Cecah 151kmj! Memang Padu!

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my