• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zapp i300 Tawar Prestasi Skuter Elektrik Setanding Enjin Petrol 300cc

Zapp i300 Tawar Prestasi Skuter Elektrik Setanding Enjin Petrol 300cc

November 20, 2019 By Brader Shawn Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PENGELUAR skuter elektrik di Britain, Zapp mengumumkan bersedia membuat kiriman i300 kepada pelanggan yang mana pengeluaran sudah pun bermula 1 November lalu di kilang pemasangan Thailand.

Prestasi i300 dikatakan sama hebat seperti skuter konvensional 300cc berenjin petrol dengan pecutan seperti superbike dan tunggangan dinamik tanpa menjejaskan keselesaan.

Zapp mula memperkenalkan prototaip i300 sekitar tahun lalu yang dijana enjin berkuasa 14kW (19hp) dengan tork 57Nm, manakala kelajuan maksimum 96kmj. Skuter ini boleh ditunggang sejauh 60-90km dengan mod ECO. Menurut Zapp, i300 hanya memerlukan masa 2.35 saat untuk pecutan 0-50kmj, dan 0-70kmj sepantas 4.10 saat.

BACA >>> MBI X - Skuter Elektrik dari Korea ini Cuba Nasib di Pasaran Vietnam, Harga RM7,100

zapp i300 skuter (13)
zapp i300 skuter (6)

Skuter i300 dipacu menggunakan dua pek bateri litium-ion boleh tanggal dan setiap satu seberat 5kg, serta empat jam diperlukan untuk mengecas penuh. Kedua-dua bateri ini ditempatkan dalam ruang lantai skuter yang juga membantu merendahkan pusat graviti (CoG).

i300 direka untuk kegunaan dalam bandar. Rekabentuk tampil futuristik dengan casis Exoskeleton bentuk Z yang membantu mengurangkan berat dan penggunaan komponen berlebihan. Swingarm belakang jenis tunggal dan bersambung kepada monoshock. Rim 10-bilah 14 inci diisikan gas nitrogen. Sistem brek cakera skuter ini diadun bersama teknologi ABS.

BACA >>> Gogoro-Yamaha Bakal Lancar Skuter Elektrik, EC-05 dengan Bateri Boleh Tanggal

zapp i300 skuter (4)
zapp i300 skuter (16)

Skuter ini tidak mempunyai ruang simpanan bawah pelana. Jika mahu tempat menyimpan barang, Zapp menawarkan kotak simpanan barangan dibeli berasingan untuk dipasangkan pada i300. Selain kotak simpanan, ada banyak aksesori tambahan disediakan sebagai pilihan dengan caj tambahan.

Zapp i300 sudah mula dijual di Eropah menerusi laman web Zapp pada harganya €6,300 (RM28,988) dalam enam pilihan warna. Namun, ada caj tambahan untuk warna tertentu.

BACA >>> Ducati Perkenal Skuter Elektrik Pertama Guna Produk Buatan China

GALERI
zapp-i300-4
zapp-i300-1
zapp-i300-2
zapp i300 skuter (10)
zapp i300 skuter (11)
zapp i300 skuter (12)
zapp i300 skuter (14)
zapp i300 skuter (8)
zapp i300 skuter (3)
zapp i300 skuter (4)
zapp i300 skuter (5)
zapp i300 skuter (6)
zapp i300 skuter (7)
zapp-i300-10
zapp i300 skuter (16)
zapp-i300-3
zapp-i300-5
zapp-i300-6
zapp-i300-9
zapp-i300-7
zapp-i300-8

SUMBER: RideApart | Zapp

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: roda2, skuter, skuter elektrik, Skuter EV, Zapp i300

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
    Modenas Sasar Tingkat Pengeluaran, Fokus Eksport Sempena Ulang Tahun Operasi ke-30
  • Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
    Naked Bike QJMotor SRK250S untuk Tunggangan Urban dan Jarak Jauh, Harga RM9,888
  • Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
    Beli Skuter Elektrik Yadea Velax, Dapat Rebat Hingga RM2.4k!
  • Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!
    Aveta Ranger Max Explorer 2025 Versi Naik Taraf Diperkenal, Harga Mula RM6,988!

PANDU UJI

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev