• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Zaqhwan Zaidi Muncul Juara di Buriram

Zaqhwan Zaidi Muncul Juara di Buriram

May 9, 2016 By Abang GYL Leave a Comment

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Zaqhwan Zaidi PELUMBA negara, Md Zaqhwan Zaidi berjaya meraih kemenangan pertama setelah kembali beraksi dalam saingan SuperSports 600cc dalam Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) pusingan ke-2 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing itu bermula baik sebelum bersaing sengit bersama Ahmad Yudhistira, Tomoyoshi Koyama, Ratthapong Wilairot, dan Azlan Shah Kamaruzaman.

Namun aksi agresif Anthony West pada pusingan ke-7 menyebabkan Yudhistira terpaksa menamatkan perlumbaan awal akibat masalah jentera dan seterusnya menjadikan persaingan merebut juara terarah kepada Zaqhwan dan Azlan.

BACA>>> Mohd Zaqhwan Dan Khairul Idham Tandatangan Kontrak Bersama Boon Siew Honda Sehingga 2019

Zaqhwan Zaidi Menuju ke penghujung perlumbaan, Azlan semakin memberikan tekanan kepada Zaqhwan namun pelumba berusia 21 tahun itu bijak mengatur strategi seterusnya berjaya menamatkan 18 pusingan dengan masa keseluruhan 30’05.166s. Manakala Azlan di kedudukan kedua dengan 30’05.950s.

Rakan sepasukan Zaqhwan, Yuki Takahashi pula berada di kedudukan ketiga dengan masa 30’07.239s.

Menerusi kemenangan Koyama dan Zaqhwan di Buriram, ia kembali merapatkan jurang dalam pemburuan gelaran keseluruhan SuperSports 600cc.

Azlan kini kekal di tangga teratas dengan 78 mata namun hanya dibezakan dengan satu mata berbanding Zaqhwan. Koyama pula di kedudukan ketiga dengan 69 mata.

KEPUTUSAN:

SuperSports 600cc
1. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 30’05.166s
2. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 30’05.954s
3. Yuki Takahashi (JPN) Honda 30’07.239s
4. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 30’07.499s
5. Anucha Nakcharoensri (THA) Yamaha 30’10.611s

KEDUDUKAN KESELURUHAN:
1. Azlan Shah Kamaruzaman (MAS) Kawasaki 78 mata
2. Md Zaqhwan Zaidi (MAS) Honda 77 mata
3. Tomoyoshi Koyama (JPN) Honda 69 mata
4. Yuki Takahashi (JPN) 59 mata
5. Dimas Ekky Pratama (INA) Honda 40 mata

Related

32
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: ARRC, Azlan Shah kamaruzaman, Buriram, Honda Racing, Kejuaraan Motosikal Asia FIM, Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) pusingan ke-2 di Litar Antarabangsa Chang, Zaqhwan Zaidi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
    GGR Motor Perkenal Prototaip Motosikal EV Pantera R1 dan R2 Buatan Malaysia, 300km Sekali Cas
  • Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
    Solfili Lancar Lampu Belakang LED Baharu untuk Yamaha NMAX V2 & XMAX V2
  • #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
    #JMS2025: Nissan Elgrand Tampil Dengan Konsep Maglev!
  • Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza
    Proton Saga 2026 Serba Baharu Tayang kepada Umum, Tampil dengan Identiti Berbeza

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev