• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Mohd Zaqhwan Dan Khairul Idham Tandatangan Kontrak Bersama Boon Siew Honda Sehingga 2019

Mohd Zaqhwan Dan Khairul Idham Tandatangan Kontrak Bersama Boon Siew Honda Sehingga 2019

August 21, 2015 By admin.pandulaju Leave a Comment

FacebookTwitter

Zaqhwan Zaidi third from left, Khairul Idham Pawi third from right and Zulhelmi Ahmad second from rightJUARA SuperSports 600cc, Mohd Zaqhwan Zaidi dan juara Asia Dream Cup, Khairul Idham Pawi menandatangani kontrak baharu bersama Boon Siew Honda Sdn Bhd untuk meneruskan karier perlumbaan mereka di peringkat tempatan serta antarabangsa sehingga 2019.

Pengurus Musashi Boon Siew Honda Racing, Zulhelmi Ahmad berkata, pihaknya berbesar hati dapat menjadikan mereka menjadi sebahagian daripada keluarga Honda dan yakin dengan prestasi diberikan.

Kontrak baharu yang dipersetujui itu menyaksikan Zaqhwan akan kembali ke saingan Kejuaraan Motosikal Asia FIM bersama pasukan Musashi Boon Siew Honda Racing dengan menggantikan tempat Mohd Zamri Baba yang masih menjalani rawatan.

Zaqhwan Zaidi and Khairul Idham Pawi

Zaqhwan akan bergandingan bersama pelumba Jepun, Yuki Takahashi dalam kategori SuperSports 600cc bermula pusingan ke-4 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, minggu depan.

Sementara itu, Khairul Idham pula akan meneruskan program pembangunan bersama Honda Team Asia, iaitu laluan serupa yang telah menghasilkan pelumba Moto2 Grand Prix Dunia negara, Azlan Shah Kamaruzaman dan pelumba Moto3, Hiroki Ono.

Pelumba kelahiran Perak itu telah memenangi pelbagai gelaran termasuk perlumbaan kategori Wira dan Asia Dream Cup 2014 dengan meraih tiga podium dalam saingan Kejuaraan Moto3 Junior Dunia (FIM CEV).

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Boon Siew Honda, Hiroki Ono, Kejuaraan Motosikal Asia FIM, Khairul Idham, Mohd Zaqhwan Zaidi, Moto3, Yuki Takahashi, Zulhelmi Ahmad

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
    MOT Sedang Bangunkan Aplikasi Lupus Kenderaan Lama, Tak Perlu Hadir ke JPJ
  • MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
    MB Kedah Dilarang Hadir LIMA'23?
  • #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
    #Videotomotif: YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar!
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my