• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Menteri: Kereta Terbang Akan Terbang Khamis Ini!

Menteri: Kereta Terbang Akan Terbang Khamis Ini!

November 18, 2019 By Han Othman Leave a Comment

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

RAKYAT Malaysia bakal menyaksikan sesi pandu uji kereta terbang pertama negara pada Khamis ini, menurut Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof yang juga akan memandu uji sendiri kenderaan itu.

Menurutnya, ujian akan dilakukan di Subang dan beliau turut mengundang ahli Parlimen Pembangkang melihat sendiri sesi pandu uji kereta terbang berkenaan.

“Saya jemput Yang Berhormat Paya Besar (Mohd Shahar Abdullah-BN) jika mahu. Kita boleh duduk bersama kalau nak ambil gambar ketika kereta itu terbang,” katanya.

BACA >>> Kereta Terbang Kedua Pula Bakal Muncul Tahun Depan, KL-Pulau Pinang Sejam Sahaja!

Beliau berkata demikian pada sesi penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa bagi pihak kementerian di Dewan Rakyat, hari ini, dipetik BHarian.

Tertarik dengan kenyataan itu, Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, mencelah kerana tidak diundang menyertai sesi berkenaan. Celahan itu membuatkan ahli Parlimen ketawa dan Mohd Redzuan memanjangkan undangan kepada Mohamad Arif jika ada kelapangan selepas jam 2 petang, tetapi perlu ke Subang untuk tujuan itu.

Mengikut laporan terdahulu, kereta terbang itu, yang dikenali sebagai ‘Vector’, ialah kenderaan jenis dron yang dikuasakan empat motor menggunakan bateri litium-ion dan mampu menampung beban antara 150-200kg.

BACA >>> Menteri: Kereta Terbang Sudah 85 Peratus Siap

Related

3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Dron, Dron Vector, Kereta Terbang, Kereta Terbang Malaysia, Vector

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
    Honda Forza 125 2026 Perkenal Warna Baharu, Edisi Khas di Eropah
  • Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
    Morbidelli C252V 2025 - Cruiser 250cc dengan Enjin V-Twin!
  • Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
    Proton Saga Serba Baharu Catat 10,000 Tempahan Dalam 5 Hari, Satu Setiap 43 Saat!
  • MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026
    MBSA Mula Tunda Kenderaan Terbiar Januari 2026

Pandu Uji

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my