BERMULA esok (09/11), harga runcit bagi petrol RON97 terusnaik sebanyak 13 sen. Manakala harga petrol RON95 dan diesel masing-masing kekal. Harga bahan api dan diesel itu berkuat kuasa jam 12:01 pagi ini, 16/11/2019 hingga 22/11/2019.
Ini bermakna, harga bahan api RON97 naik daripada RM2.57 kepada RM2.70 seliter berbanding minggu lalu. Harga RON95 pula kekal kepada RM2.08 seliter. Manakala diesel turut sama kekal pada RM2.18 seliter.
Terbaharu, subsidi Petrol akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2020 menerusi bantuan tunai yang akan dimasukkan terus ke akaun penerima layak setiap empat bulan sekali, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Menurutnya lagi, jumlah subsidi ialah RM30 sebulan (kereta) dan RM12 sebulan (motosikal), manakala jumlah penerima layak seramai 2.9 juta orang. Bagaimanapun, bantuan subsidi petrol ini dikecualikan buat penerima BSH di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
SENARAI HARGA MINYAK [16/11/19 - 22/11/19]
- RON95: RM2.08/liter (kekal)
- RON97: RM2.70/liter (naik 13 sen )
- Diesel: RM2.18/liter (kekal)
BACA >>> Subsidi Petrol: B40 dengan Bil Elektrik Kurang RM200 Baru Layak!
BACA >>> Subsidi Petrol: Kerajaan Setuju Beri Tunai kepada Penerima BSH yang Ada Kereta, Motor
BACA >>> Menteri: Subsidi Petrol Bersasar Mungkin Masuk Terus ke Akaun Penerima Layak
BACA >>> #SembangDeras: Subsidi Minyak 30 Sen Lebih Kurang Sama dengan Nilai BRIM Setahun?
Leave a Reply