• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW R18/2 - Cruiser Boxer 1,800cc Sedang dalam Pembikinan

BMW R18/2 - Cruiser Boxer 1,800cc Sedang dalam Pembikinan

November 14, 2019 By Han Othman Leave a Comment

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


BMW Motorrad tahun lalu mengejutkan ramai peminat permotoran apabila mendedahkan model konsep cruiser, R18. Kemudian muncul pula beberapa foto intip yang dikatakan unit pengeluaran untuk model konsep berkenaan, sekali gus memberikan bayangan bahawa ia akan didedahkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.

Ya, memang itu adalah model lanjutan daripada model konsep cruiser tahun lalu, tetapi ia masih dalam bentuk prototaip. Dinamakan sebagai R18/2, dan ini ialah versi kedua daripada model konsep prototaip.

Ini bermakna peminat cruiser neo retro itu perlu menunggu lebih lama lagi. Bagaimanapun, penggunaan nama '2' pada nama asal model konsep itu mendedahkan versi prototaip yang lebih realistik dan menghampiri rupa unit pengeluaran sebenar.

BACA >>> BMW Perkenal Enjin Boxer 1,800cc dalam Bentuk Motor Kustom Sentuhan Pakar Jepun

Diilhamkan daripada cruiser era lampau, ciri masa lalu dapat dikesan pada lampu utama bulat yang dikelilingi fairing bikini gaya gelembung, tangki minyak bentuk air mata dan pelana tunggal. Gaya moden pula diserlahkan menerusi profil tunggangan rendah, dan set rim 19 inci di depan dan 16 inci di belakang.

Tumpuan paling utama sudah tentu trenkuasa digunakan. Menurut  BMW, unit prototaip ini dipacukan enjin 1,800cc jenis boxer kembar dengan penyejukan udara/minyak. Ini juga enjin terbesar pernah dihasilkan pengeluar motosikal Jerman itu.

BACA >>> Triumph Rocket III - Cruiser Prestasi Tinggi Berkuasa 180hp Bakal Lancar 2019

Melihat kepada imej intip (foto atas), BMW nampaknya bakal menggunakan platform sama itu untuk barisan model touring juga. Ini dikesan pada fairing depan besar, frem untuk kotak besi dan sepasang ekzos gaya sumpit. Berbanding komponen pada model konsep yang digelapkan, sebaliknya komponen versi pengeluaran diberikan aksen krom.

Beberapa laporan mendakwa BMW akan melancarkan cruiser R18 ini menjelang penghujung 2020.

BACA >>> Confederate G2 P51 Combat Fighter - Cruiser dengan Semangat Berontak Amerika

GALERI

Related

84
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: BMW Motorrad, BMW R18/2, Boxer, cruiser, EICMA, EICMA 2019, enjin boxer, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my