• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #ApaNakBuat: Perlukah Tayar Motosikal Diimbangkan?

#ApaNakBuat: Perlukah Tayar Motosikal Diimbangkan?

November 15, 2019 By Admin PanduLaju 3 Comments

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PEMANDU buat penjajaran dan imbangan (alignment & balacing) tayar kereta itu sudah biasa. Namun, jarang kita tahu yang penunggang pun perlu ambil kisah pasal hal buat imbangan tayar motosikal mereka.

Tidak ramai penunggang buat imbangan tayar motosikal kerana anggap kurang penting. Amalan tersebut sebenarnya bagus dalam hal penyelenggaraan motosikal, terutama jika digunakan sebagai kenderaan harian.

Imbangan tayar perlu untuk motosikal berbunga lebar seperti jenis sportbike atau automatik 150cc, 250cc, ataupun berenjin lebih besar. Perlu juga kalau anda termasuk dalam kategori GTB (geng tayar besar).

Apakah akan berlaku jika tayar motosikal tidak diimbangkan?

Pada halaju rendah hingga pertengahan, anda tidak akan berapa perasan masalah yang berlaku. Namun, ia cuma disedari apabila menunggang pada halaju tinggi yang mana tayar akan rasa kurang stabil, beroleng dan bergetar hingga membuatkan tunggangan kurang selesa.

BACA >>> #ApaNakBuat: 4 Tip Jaga Slot Kunci Motosikal, Pun Kena Servis Juga

APAKAH BEZA IMBANGAN TAYAR MOTOSIKAL VS KERETA?

Secara prinsip, imbangan tayar motosikal tidaklah jauh beza dengan tayar kereta. Apa yang berbeza adalah imbangan tayar motosikal dibuat secara statik, iaitu cuma pada satu poin tertentu saja. Sebaliknya bunga tayar kereta lebih lebar dan imbangan dinamik diperlukan yang mana kelebaran bunga tayar perlu diambil kira.

balancer-tayar-1
balancer-tayar-2

Ketika buat imbangan, tayar motosikal akan dimasukkan pada alat pengimbang khas, biasanya dipanggil balancer (ada yang menggunakan mesin). Alat ini mampu menunjukkan bahagian  tayar yang harus diimbangkan.

Selepas menemui titik keseimbangan, mekanik akan meletakkan plat timah mengikut berat gram diperlukan. Pecahan plat timah pula bermula 5 hingga 20 gram mengikut keperluan.

Ini penjelasan ringkas tentang kepentingan buat imbangan tayar aka balancing tayar motosikal, terutama buat anda yang menunggang motosikal besar atau bertayar besar atau rim besar. Jangan ambil mudah ye gais...

BACA >>> Adakah Tayar Terpakai Selamat dan Boleh Digunakan?
BACA >>> #TahukahAnda: Benarkah Tayar Belakang Lebih Besar Boleh Tambah Top Speed?

Related

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment Tagged With: apanakbuat, Auto Terkini, autotainment, balancing tayar, Bunga Tayar, Tayar, tip motosikal, Tip Penyelenggaraan Motosikal

Comments

  1. Nik says

    November 21, 2019 at 7:29 PM

    Kat mana nak beli alat balancing & timah?

    Reply
  2. Wan says

    August 29, 2020 at 8:22 PM

    Boleh suggest kedai motor yang bualt balancing kat klang valley?

    Reply
  3. Wan says

    August 29, 2020 at 8:23 PM

    Salam,Boleh suggest kedai motor yang bualt balancing kat klang valley?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
    Kawasaki Nilai Jadi Outlet All Star 4S ke-10 Dibuka di Malaysia
  • Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k
    Yamaha BOLT (2020) Lancar dengan Penuh Gaya, Harga Bermula RM39k

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev