• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Kawasaki Diam-Diam Bangunkan Sportbike Elektrik?

Kawasaki Diam-Diam Bangunkan Sportbike Elektrik?

November 19, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

FacebookTwitter


MOTOSIKAL elektrik ini didedahkan Kawasaki pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019  minggu lalu tanpa sebarang perincian maklumat pun. Ia jelas satu kejutan kerana tiba-tiba saja ditayangkan kepada umum.

Model elektrik itu tampil dengan frem trellis hijau dalam badan Ninja 650, bersama pek bateri saiz sederhana dan perumah enjin olok-olok yang khabarnya mengambil masa hampir 20 tahun untuk dibikin!

Pada masa itu, Kawasaki sudah membangunkan kotak gear untuk trenkuasa elektrik (dikhabarkan transmisi 4-kelajuan) dan brek dengan ciri aktuator untuk sistem pemulihan tenagah kinetik (KERS). Apapun, masih belum dapat dipastikan lagi adakah Kawasaki merancang mengkomersialkan jentera tersebut.

BACA >>> Kawasaki Perkenal Z1000 R Edition (2020), Bengis Habis!

Bahagian suspensi dan casis sama seperti digunakan barisan model Z dan Ninja. Unit bateri pula boleh dicas pantas menggunakan sistem cas CHAdeMO dengan kuasa output 20kW (26.7hp) ketika memecut dan 10kW (13.4hp) untuk tunggangan jelajah. Dengan isian bateri penuh, ia mampu ditunggang sejauh 100km.

Namun, kemunculan model itu seakan memberi isyarat bahawa Kawasaki bersedia membawa masuk sportbike EV itu ke barisan pengeluaran. Jika Honda terkenal sebagai pengeluar motosikal Jepun yang lebih maju, Kawasaki mungkin pengeluar paling berani.

Adakah kita dapat menyaksikan pasukan Hijau menjadi pengeluar pertama melancarkan motosikal EV untuk orang ramai?

BACA >>> #EICMA2019: Kawasaki Dedah Ninja 1000SX, Z900 Versi 2020 yang Patuh Euro 5

GALERI
Motor Elektrik Kawasaki_4
Motor Elektrik Kawasaki_1
Motor Elektrik Kawasaki_3
Motor Elektrik Kawasaki_2
Motor Elektrik Kawasaki_5
Motor Elektrik Kawasaki_6

Related

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Roda2 Tagged With: Kawasaki, Kawasaki Ninja 650, motor elektrik, roda2, sportbike

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
    Hanway BOB125S 2025 Kini di Malaysia, Harga RM14.8k
  • Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
    Video Acah Proton Saga Serba Baharu Tayang di Pelancaran Kilang EV, Apa Perlu Anda Tahu?
  • PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
    PDRM Tawar Diskaun Saman 50 Peratus Hingga 16 September Guna Aplikasi MyBayar
  • #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?
    #AutoShanghai2025: Geely Xingyuan (Geome) 2025 Bakal Jadi Proton e.MAS 5?

PANDU UJI

Pandu uji Mazda CX-60 dari Mazda Glenmarie ke TUI BLUE The Haven, Ipoh

#PanduUji: Lenjan Mazda CX-60 dari Glenmarie ke Ipoh, SUV Cita Rasa Premium Jepun Tulen

BERMAZ Motor baru saja melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz … [Baca Lagi...]

GAC Emkoo 2025

Media Malaysia Pandu Uji GAC Emkoo 2025 Menjelang Debut, Harga Mula Dijangka RM120k?

PENGEDAR sah jenama GAC Motor di Malaysia, WTC Automotif hari ini … [Baca Lagi...]

Pandu uji off-road JAECOO J8 di Sepang Bay 13

#PanduUji: JAECOO J8 Lepasi Enam Cabaran Off-Road di Trek Sepang Bay 13 Adventure Park

Dua minggu selepas OMODA | JAECOO Malaysia melancarkan model kenderaan … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev