SERENTAK pelancaran trak pikap Hilux, UMW Toyota Motor turut memperkenalkan Toyota Fortuner baharu generasi kedua yang didatangkan dalam dua varian berbeza.
Toyota Fortuner baharu didatangkan dengan varian iaitu 2.4L turbodiesel dan 2.7L petrol.
HARGA: (Atas jalan termasuk insurans dan GST)
- Toyota Fortuner 2.4 VRZ AT 4x4 - RM186,900
- Toyota Fortuner 2.7 SRZ AT 4x4 - RM199,900
JAMINAN:
- 5 tahun tanpa had perbatuan
PRESTASI:
Bagi Toyota Fortuner 2.4 VRZ, ia dipadankan dengan enjin turbodiesel bersesaran 2.4L yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 148hp pada 3,400rpm dan tork puncak 400Nm (1,600 - 2,000rpm).
Manakala Fortuner 2.7 SRZ pula dijana unit enjin petrol bersesaran 2.7L. Hasil bantuan kotak gear transmisi automatik 6-kelajuan, ia mampu menghamburkan kuasa 164hp pada 5,200rpm dan tork 245Nm (4,000rpm).
BACA: Toyota Hilux Baharu Diperkenalkan – Adakah Ini Trak Pikap Pilihan Anda?
PENAMBAHBAIKAN:
Berbanding versi terdahulu, Toyota Fortuner baharu ini tampak lebih premium dan menarik. Bahagian hadapan dipadankan dengan lampu utama dengan LED.
Untuk pemanduan lebih senyap dan selesa, Toyota menambah baik struktur badan dan banyak menggunakan bahan penyerap.
Selain itu, varian Fortuner 2.7SRZ turut didatangkan dengan ciri pintu belakang dengan kuasa elektrik yang membolehkan pintu dibuka dan ditutup hanya dengan sentuhan butang.
TEMPAHAN:
Buat masa ini, Fortuner baharu masih belum berada di bilik pameran Toyota. Walau bagaimana, tempahan bagi SUV sudahpun dibuka.
Leave a Reply