• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #TahukahAnda: Kenapa Syarat Emisi Euro5 Buatkan Ekzos Motosikal Jadi Besar?

#TahukahAnda: Kenapa Syarat Emisi Euro5 Buatkan Ekzos Motosikal Jadi Besar?

February 2, 2020 By Admin PanduLaju Leave a Comment

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


DEMI menyelamatkan bumi tercinta, banyak pengeluar automotif mula memikirkan alternatif kepada pengurangan pelepasan emisi yang salah satu penyumbang terbesar ialah kenderaan dengan bahan api fosil.

Jumlah pengguna kenderaan yang kian meningkat membuatkan agensi alam sekitar antarabangsa dan pihak Kerajaan mula mengambil inisiatif untuk menangani masalah pencemaran udara dengan merendahkan pelepasan emisi. Inilah permulaan kepada wujudnya peraturan emisi seperti Euro1 (1999), Euro2 (2004), Euro3 (2006) dan Euro4.

Paling terbaharu, kenderaan yang mahu memasuki pasaran Eropah diwajibkan mematuhi regulasi Euro5 bermula tahun ini. Kesannya ialah perubahan fizikal ekzos model motosikal baharu yang dipamerkan pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.

BACA >>> Beginikah Bunyi Ekzos Superbike EV Kymco RevoNEX Nanti?

Lihat saja ekzos motor Suzuki GSX-R1000, Honda CBR1000RR baharu. Ia bukan sengaja direka besar, tetapi memang terpaksa direka begitu bagi memenuhi syarat emisi Euro5. Jika tidak, kos yang dibelanjakan akan jadi lebih mahal. Rekabentuk besar itu melibatkan perubahan penukar bermangkin (catalytic converter) yang lebih rigid supaya asap yang dilepaskan ekzos dapat melepasi syarat emisi Euro4 dan Euro5.

 

Pada 2013, Kesatuan Eropah (EU) meningkatkan standard peraturan emisi yang lebih ketat, iaitu Euro4 (rasmi berkuatkuasa pada 2017) dan Euro5. Dua fasa itu dilaksanakan secara berperingkat hinggalah Euro5 rasmi dilaksanakan pada 1 Januari 2020.

Regulasi Euro5 memperkenalkan hidrokarbon sebagai pengukur standard baharu, tidak termasuk metana. Di bawah undang-undang baharu itu, motosikal perlu menghasilkan tidak lebih 0.1 g/km hidrokarbon, dengan hidrokarbon non-metana (NMHC) kurang 68 peratus daripada jumlah berkenaan.

BACA >>> #TahukahAnda: Inilah 9 Punca Kenapa Ekzos Motosikal Anda Keluar Asap Putih

Jadi pengeluar melakukan pengubahsuaian ke atas model kemas kini bagi memenuhi regulasi Euro5 ditetapkan. Namun, beberapa produk sedia ada mendapat pengecualian dan masih boleh dipasarkan dan setiap pengeluar ada tempoh setahun untuk menyesuaikan produk berkenaan dengan Euro5, selewat-lewatnya 1 Januari 2021.

Selepas itu, mana-mana model Euro4 akan dilarang dijual di Eropah. Jadi mahu tidak mahu pengeluar kena melakukan penambahbaikan. Masalahnya, semakin ketat syarat emisi, maka semakin sukar enjin petrol hendak terus survival. Apatah lagi kita kini sudah dapat menyaksikan banyak pengeluar sudah mula giat memperkenalkan motosikal elektrik.

Syarat emisi yang semakin ketat akan menjejaskan prestasi motosikal secara umum. Namun, Malaysia ketika ini masih memasarkan motosikal mengikut standard Euro2M.

Related

3.1k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2019, ekzos, Euro5, roda2, sistem ekzos

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
    Apakah Notis 114? JPJ Boleh Guna Aduan Umum Sebagai Bukti Saman
  • #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak
    #TahukahAnda: 5 Simptom Mounting Enjin Kereta Anda Sedang Rosak

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev