Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Ducati Streetfighter V4 Diumum Motosikal Tercantik di EICMA 2019!
Auto Terkini

Ducati Streetfighter V4 Diumum Motosikal Tercantik di EICMA 2019!

AryonBy Aryon12/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DUCATI Streetfighter V4 dinobatkan sebagai motosikal paling cantik pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019, menurut undian tahunan ke-15 anjuran majalah motosikal Itali, Motociclismo berdasarkan pilihan pengunjung dan pembaca di rumah.

Keputusan undian itu diumumkan Motociclismo di pentas MotoLive di EICMA dan anugerah diserahkan kepada Pengarah Rekabentuk Ducati, Andrea Ferraresi dan pereka Streetfighter V4, Jeremy Faraud.

BACA >>> Ducati Streetfighter V4 Didedahkan, 208hp, 123Nm!

Streetfighter V4 mendapat 36.7 peratus undian, juga pilihan terbanyak dengan meninggalkan Aprilia RS 660 di tempat kedua yang meraih 14.9 peratus undian, kurang separuh!

Tempat ketiga jatuh kepada MV Agusta Superveloce 800 dengan 11.23 peratus undian, diikuti Honda CBR1000RR-R SP, 9.43 peratus (keempat), dan Moto Guzzi V85 TT Travel, 4.76 peratus (kelima). Ini menjadikan Honda sebagai satu-satunya pengeluar bukan Itali yang meraih kedudukan lima terbaik.

BACA >>> #EICMA2019: 10 Fakta Pantas Aprilia RS 660 (2020), Middleweight dengan Ciri Superbike

Menurut Motociclismo, juga terdapat jurang perbezaan ketara dalam ranking keseluruhan antara kalangan pengundi yang datang ke EICMA dan pengundi di rumah.

Empat model teratas memiliki jumlah undian yang sama rata melibatkan dua kumpulan pengundi tersebut. Namun, bermula tempat kelima dan ke bawah, keputusan menunjukkan perbezaan antara kedua-dua kumpulan pengundi yang melihat secara langsung dan menerusi Internet. Sebagai contoh, ramai pengunjung EICMA mengundi BMW F 900 R berbanding pengundi di rumah.

BACA >>> #EICMA2019: Middleweight Ekor Kontot, BMW F900XR dan F900R (2020) Debut

GALERI

SUMBER: Motociclismo.

Andrea Ferraresi Ducati Ducati Streetfighter V4 Itali Jeremy Faraud Motociclismo Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 roda2 Undian
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    MGS9 PHEV, 7 Tempat Duduk, Jarak Elektrik 99 km, Saingi Sorento, Tiggo 8

    11/03/2026
    Roda4

    Protected: Beli Jetour Dashing, VT9 Boleh Dapat ‘Duit Raya’, dan Baucar Petrol!

    11/03/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz VLE Elektrik, Jarak Lebih 700 km, Kerusi Boleh Keluar

    11/03/2026
    Proton e.MAS 5 2025 rasmi lancar.
    Auto Terkini

    Jualan Proton e.MAS 5 Menurun Tapi Kekal Dalam 10 Model Paling Laris di Malaysia

    11/03/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Aveta Bellagio 125
    Roda2

    Aveta Bellagio 125 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM6,998!

    By Syafie05/03/2026
    Aveta Viper 180
    Roda2

    Aveta Viper 180 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,998!

    By Syafie05/03/2026
    CFMoto Papio Racer 2026
    Roda2

    ‘Fun Bike’ 126cc Gaya Lumba, CFMoto Papio Racer 2026 Tiba di Malaysia!

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mforce sedang bangunkan model konsep Skuchai
    Roda2

    Mforce Labur RM10 Juta Bangunkan Konsep Motosikal Baharu ‘Skuchai’

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    Mitsubishi Triton Championship Edition 2026
    Trak dan Lori

    Mitsubishi Triton ‘Championship Edition’ 2026 Diperkenal, Harga Mula RM155.9k!

    By Syafie06/03/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Selamatkah Memandu dengan Tayar Donat? Bolehkah Dipandu Laju?

    By Han Othman08/03/20261
    Moto Morini Alltrhike 450
    Roda2

    Moto Morini Alltrhike 450 Lancar di Malaysia, Harga RM28,888

    By Shazwan Hisam06/03/2026
    KTMB tambah tren untuk balik raya Aidilfitri 2026
    Auto Terkini

    KTMB Tambah 26 Tren Khas Raya 2026, Lebih 8,000 Tempat Duduk Sehari

    By Shazwan Hisam03/03/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.