• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / #EICMA2019: KTM 390 Adventure (2020) Debut di Milan, Ada Harapan ke Malaysia?

#EICMA2019: KTM 390 Adventure (2020) Debut di Milan, Ada Harapan ke Malaysia?

November 6, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEMUNCULAN KTM 390 Adventure memang dinantikan peminat jentera advencer dan touring. Selepas pelbagai khabar angin dan imej intip menular di ruang maya sejak setahun lalu, akhirnya model yang dibina berasaskan 390 Duke itu melakukan debut rasmi di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.

Khabarnya, India akan jadi negara pertama melancarkan model tersebut. Secara kasar,  390 Adventure adalah versi kecil daripada si abang 790 Adventure. Rekabentuk lampu depan terbahagi kepada dua kluster yang cukup unik dan identik.

BACA >>> India Jadi Negara Pertama Lancar KTM 390 Adventure?

Bentuk tangki minyak 14.5 liter direka memanjang dan tajam, serta dipadankan dengan lekuk badan yang juga bersegi. Pelana besar dan rata mampu memenuhi keselesaan optimum. Posisi bar hendal ditinggikan dan lebih lebar berbanding 390 Duke yang menepati karakter sebuah jentera touring.

Ketinggian pelana 855mm, agak tinggi untuk saiz penunggang Malaysia. Namun, berat 158kg boleh dikatakan ringan bagi sebuah jentera advencer dan pasti tidak jadi masalah untuk dijinakkan. Jarak kelegaan tanah 200mm cukup untuk memanjat bonggol dan divider jalan. 🤭

Ada juga bar genggam untuk pembonceng di hujung pelana, direka unik dan asli.

BACA >>> KTM 790 Adventure R Rally (2020) - Jentera Advencer Edisi Terhad yang Hardcore

Walaupun tiada perincian spesifikasi, KTM pastinya menggunakan trenkuasa 390 Duke dan RC 390 yang diberikan talaan semula mengikut karakter advencer. Transmisi 6-kelajuan dipadukan dengan ciri klac anti-gelincir PASC. Sistem ekzos sudah tentu patuh Euro 5 dengan mufler gemuk.

Struktur frem trellis dipegang suspensi WP Apex 43 dengan travel 170mm (depan), dan monoshock WP Apex dengan travel 177mm (belakang). Sistem brek digalas unit brek cakera 320mm (depan) dan 230mm (belakang). Rim menggunakan saiz 19 inci (depan) dan 17 inci (belakang) yang memberikan profil menegak.

Ada dua warna untuk dipilih: putih dan jingga. Pemuka 390 Adventure menggunakan skrin TFT dengan konektiviti Bluetooth untuk akses telefon pintar dan peranti wayarles.

BACA >>> #BikinMotor: KTM 390 Duke Adventure Guna Komponen Royal Enfield Himalayan

SPESIFIKASI

ENJIN: 4-lejang silinder tunggal 373.2 DOHC penyejukan cecair EFI, Sistem Pengurusan Enjin (EMS) Bosch dan Ride-By-Wire
TRANSMISI: Manual 6-kelajuan, klac anti gelincir PASC
KUASA: 43hp
TORK: 37Nm
CASIS: Frem Trellis
TINGGI PELANA: 855mm
BERAT KERING: 158kg
KELEGAAN TANAH: 200mm
SUSPENSI: Fork terbalik (USD) 43mm WP APEX boleh laras dengan Travel 170mm (depan); Monoshock WP APEX dengan travel 177mm (belakang)
BREK: Cakera 320mm dengan kaliper tetap radial 4-spiton (depan); Cakera 230mm dengan kaliper apung 1-piston (belakang)
KAPASITI TANGKI: 14.5 liter

GALERI
KTM 390 Adventure_4
KTM 390 Adventure_3
KTM 390 Adventure_25
KTM 390 Adventure_24
KTM 390 Adventure_26
KTM 390 Adventure_27
KTM 390 Adventure_21
KTM 390 Adventure_2
KTM 390 Adventure_28
KTM 390 Adventure_11
KTM 390 Adventure_9
KTM 390 Adventure_7
KTM 390 Adventure_32
KTM 390 Adventure_16
KTM 390 Adventure_15
KTM 390 Adventure_10
KTM 390 Adventure_14
KTM 390 Adventure_31
KTM 390 Adventure_1
KTM 390 Adventure_17
KTM 390 Adventure_23
KTM 390 Adventure_19
KTM 390 Adventure_22
KTM 390 Adventure_5
KTM 390 Adventure_6
KTM 390 Adventure_20
KTM 390 Adventure_29
KTM 390 Adventure_30
ktm-390-adventure-2020-1
ktm-390-adventure-2020-2
ktm-390-adventure-2020-3
ktm-390-adventure-2020-4
ktm-390-adventure-2020-5
ktm-390-adventure-2020-6
ktm-390-adventure-2020-7
ktm-390-adventure-2020-8
ktm-390-adventure-2020-9

Related

235
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: EICMA 2019, KTM, KTM 390 Adventure, KTM 390 Adventure (2019), KTM 390 Duke, KTM Malaysia CKD, Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
    Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Sekitar Lembah Klang Tutup Sempena Sidang Kemuncak ASEAN
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!
    CFMoto 250NK Lite 2025 Masuk Pasaran Malaysia, Harga RM9.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev