• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / KTM 790 Adventure R Rally (2020) - Jentera Advencer Edisi Terhad yang Hardcore

KTM 790 Adventure R Rally (2020) - Jentera Advencer Edisi Terhad yang Hardcore

June 20, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


JIKA anda rasa model advencer middleweight KTM baharu itu bagus, tetapi kurang serius walaupun dalam kemasan R, bagaimanakah pula dengan edisi 790 Adventure R Rally ini? Model edisi terhad 500 unit ini bakal menjadi koleksi diburu peminat motosikal advencer sedunia.

Disasarkan kepada penunggang yang sukakan prestasi hardcore dan suspensi terbaik, KTM Rally baharu ini nyata istimewa. Model edisi terhad ini menggunakan casis frem trellis dan enjin Twin-Parallel LC8c berkuasa 95hp dengan padanan suspensi spesifikasi lumba, Xplor Pro. Ini bermakna tambahan suspensi travel 30mm membantu penunggang meredah apa jua halangan mencabar.

Ketinggian pelana meningkat 910mm. Penggunaan fork injap Xplor Pro 7548 menawarkan julat prestasi redaman besar, digabungkan dengan keselesaan tunggangan dengan rintangan bahagian bawah yang sangat baik. Rekabentuk absorber belakang Xplor Pro 6746 dengan sistem damper progresif (PDS) melengkapkan tugas bahagian roda.

Menurut KTM kualiti dan peranan suspensi 790 Adventure R Rally hampir menyamai model KTM dalam Rali Dakar. Selain itu, model tersebut turut dipadankan dengan ekzos Akrapovic, pelindung tangki minyak gentian karbon dan Quickshifter+ berserta pakej grafik, visor angin cerah dan winglet.

BACA >>> Harga KTM 790 Adventure, Adventure R (2019) Versi EU, UK Didedahkan - RM58k-RM64k

KTM 790 Adventure R Rally (2020)_5
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_9
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_4

 

Tidak ketinggalan, KTM melengkapkan model ini dengan rim lebih tirus, pelana lumba lurus dan peg kaki Rally untuk keselesaan dan kestabilan lebih baik ketika berdiri. Dijangka berada di pasaran pada musim bunga 2020. Setakat ini, KTM masih belum mendedahkan harga jentera tersebut.

BACA>>>KTM Malaysia Lancar 790 Adventure dan 1290 Super Duke GT (2019), Harga Mula RM78k

GALERI
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_1
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_4
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_6
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_7
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_8
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_5
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_9
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_2
KTM 790 Adventure R Rally (2020)_3

SUMBER: MCN

 

Artikel Berkaitan

191
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Advencer, KTM, KTM 790 Adventure, KTM 790 Adventure R, KTM 790 Adventure R Rally (2020), ktm malaysia, motosikal advencer, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga Mula RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
  • Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi
    Peguam AS Saman Hyundai, Kia Sebab Kereta Selalu Kena Curi

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my