SELEPAS menarik selubung RS 660, Aprilia memperkenalkan pula model konsep Tuono 660 Concept pada Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019 yang bersedia memasuki barisan pengeluaran menjelang 2021.
Di sebalik luaran serba mengancam, RS 660 Concept nyata mampu menggugat jiwa peminat naked bike sedunia. Meneruskan tradisi Aprilia, model ini dibina berasaskan platform RS 660 yang baru saja melakukan debut global untuk versi pengeluaran.
BACA >>> Aprilia Perkenal Tuono V4 1100 Factory (2019) dengan Ciri Dikemas Kini
Masih mengekalkan kemasan teknikal sama, struktur frem dan suspensi Tuono 660 Concept diperhalusi dan diperkuat, manakala ergonomik menunggang sedikit tegak dengan bar hendal lebar.
Tuono 660 adalah RS versi jalanan dengan penampilan lebih sporty, manakala Aprilia adalah pengeluar pertama yang memberikan rupa seperti pada jentera naked. Sekali pandang, rupa Tuono 660 Concept tidak nampak seperti naked bike asli, tetapi lebih kepada semi-naked dengan panel kepala dan tangki seakan model fairing.
Enjin 660cc Parallel-Twin baharu yang digunakan kini patuh Euro 5, dan semestinya ditala untuk mendapatkan tork tinggi, sesuai dengan karakter sebuah naked bike.
BACA >>> #AutoExpo2018: Debut Aprilia RS150 dan Tuono 150 Buat Hati Berdebar
Berat jentera cuma 169kg yang dicapai menerusi penggunaan frem dan swingarm aluminium. Ia juga memiliki ciri kawalan terotel ride-by-wire dan unit unjuran inersia (IMU) 6-paksi dengan lima pilihan mod tunggangan: Commute, Dynamic, Individual, Challenge dan Time Attack.
Aerodinamik Tuono 660 Concept dapat dikesan menerusi penggunaan fairing berganda yang berfungsi mengoptimumkan kestabilan pada kelajuan tinggi selain melindungi penumpang dan pembonceng daripada rintangan angin.
Tuono 660 Concept menggunakan kluster lampu LED tripel untuk lampu utama dan dipadankan lampu siang (DRL), sama konsep seperti RS 660. Sistem suspensi menggunakan absorber Kayaba boleh laras, manakala brek daripada Brembo dengan cakera 320mm dan kaliper radial. Kluster instrumen dilengkapkan antaramuka Aprilia MIA yang boleh disambungkan kepada telefon pintar untuk paparan maklumat navigasi dan lain-lain.
BACA >>> #Spyshot: Bocor Foto Aprilia RS660 Versi Pengeluaran Sedang Ditunggang Uji
BACA >>> Aprilia Siar Video Acah RS 660, Kelibat Masih Samar, Tetapi Semakin Jelas
Leave a Reply