BENELLI pun tidak mahu ketinggalan untuk melakukan kejutan di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2019.
Dengan ruang reruai besar, dan berkongsi dengan Keeway, jenama di bawah Qianjiang Group, Benelli muncul memperkenalkan dua model baharu, Leoncino 800 dan Leocino 800 Trail.
Paling menarik perhatian pengunjung di pentas utama ialah Leoncino 800 Trail yang sebelum ini pernah ditayangkan di EICMA 2018 sebagai model konsep. Kini tampil dalam versi pengeluaran sebagai roadster neo-retro dengan bahasa rekabentuk seperti adik-beradik 250 dan 500cc lain.
1. BENELLI LEONCINO 800 TRAIL
Model off-road ini dipadankan enjin 4-lejang 4-injap dwi silinder 754cc DOHC penyejukan cecair, juga berkongsi dengan Leoncino 800 yang menghasilkan kuasa 81.6hp @ 9,000rpm, dan tork 67Nm @ 6,500rpm bagi. Hantaran kuasa disalurkan menerusi transmisi klac manual 6-kelajuan.
Bahagian casis dikemas kini supaya mampu menempuh cabaran off-road. Frem trellis jenis tubular dengan plat keluli tahan karat menjadikan pengendalian mudah dan tangkas untuk meredah permukaan jalan beralun. Benelli turut menaik taraf sistem suspensi depan dengan menggunakan fork terbalik (USD) Marzocchi 50mm dengan lantunan boleh laras dan travel 140mm.
Suspensi belakang disokong swingarm sebelah dengan absorber pra-beban boleh laras dan damper lantunan dengan travel 140mm. Posisi pelana juga sedikit tinggi 818mm berbanding versi jalanan (800mm)
Bahagian roda menggunak set tayar Pirelli Scorpion Rally STR 120/70 R19 (depan) dan 170/60 R17 (belakang). Sistem brek diserahkan kepada unit Brembo dengan tambahan cakera semi-apung 320mm (depan) dan cakera 260mm dengan kaliper monoblok 4-piston (belakang).
BACA >>> Benelli Leoncino 500 di Malaysia - Harga RM27,999 Sahaja!
Gaya off-road dan lasak diserlahkan dengan panel seakan visor angin di atas lampu utama jenis LED penuh. Ekzos kembar baharu yang diposisikan sedikit tinggi, betul-betul bawah pelana dengan plat besi sisi tertulis '800' untuk kesan dramatik seperti sebuah jentera rali. Ia juga berperanan sebagai pelindung haba daripada menyengat kaki penunggang.
Garis maskular dan tangki besi menyerlahkan aura off-road, manakala panel instrumen menggunakan skrin TFT supaya tidak kalah dengan trend semasa.
Leoncino 800 Trail akan mula berada di pasaran Eropah pada suku kedua 2020.
BACA >>> Benelli-Mahavir Group Jalin Kerjasama di India, Siap Sedia Cabar Dominasi Royal Enfield
2. BENELLI LEONCINO 800
Jika Leocino 800 Trail untuk versi off-road, di kiri pentas pula ialah Leoncino 800 sebagai edisi jalanan. Berkonsepkan 'Timeless Desire', asas rekabentuk Leoncino sememang direka dengan campuran gaya klasik dan moden.
Trenkuasa menggunakan enjin sama seperti 800 Trail, bersesaran 754cc dan turut menggunakan frem sama, trellis jenis tubular dengan plat besi untuk ketangkasan tunggangan supaya mudah menjinakkannya di tengah kesesakan trafik ibu kota.
BACA >>> Kawasaki Japan Perkenal Warna Baharu untuk Z900RS, dan Z900RS Café (2020)
Perincian garis tangki memberikan imej moden, manakala logo singa pada madgad depan memberikan keunikan tersendiri yang membezakan Leoncino dengan pesaing lain.
Di bawah pelana terletak adalah panel aluminium yang bersambung dengan lekuk frem yang tersimpan jenama model ini -'Leocino'. Lampu utama menggunakan teknologi LED, manakala skrin TFT pada pemuka memudahkan penunggang membaca maklumat jentera.
Posisi ekzos tunggal rendah membezakan 800 dan 800 Trail dengan tongkat tengah sebagai standard. Sistem suspensi menggunakan unit fork terbalik (USD) Marzocchi dengan diameter 50mm dan travel 130mm, serta swingarm untuk suspensi belakang.
Sistem brek kekal menggunakan khidmat Brembo yang dipadankan brek cakera depan 320mm semi-apung dan cakera 260mm bersama kaliper ganda di belakang. Bahagian roda menggunakan rim 17 inci dan tayar saiz 120/70 (depan) and 180/55 (belakang).
Leocino 800 dijangka berada di pasaran pada pertengahan 2020. Kedua-dua model Benelli ini bakal memasuki pasaran Malaysia pada penghujung tahun depan. Sesiapa yang berminat sudah boleh mula menabung!
BACA >>> Teringin Tunggang Motor Besar? Fikir Dahulu Tentang 5 Kesilapan Tipikal Ini
Leave a Reply