• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Khemah Pasukan Moto3, Moto2 di Sepang Kena Pecah Masuk, Rugi Sampai RM233k!

Khemah Pasukan Moto3, Moto2 di Sepang Kena Pecah Masuk, Rugi Sampai RM233k!

November 2, 2019 By Aryon Leave a Comment

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


INSIDEN memalukan nama negara! Ini berita terbaharu yang kecoh dari padok Litar Antarabangsa Sepang (SIC) apabila khemah lima pasukan Moto3 dan satu pasukan Moto2 dilaporkan dipecah masuk.

Pasukan malang itu terdiri daripada Gaviota Ángel Nieto Team (Arenas dan Fernández di Moto3, dan Dixon dan Cardelús di Moto2), CIP Green Power (Binder dan Booth-Amos), BOE Skull Rider Mugen Race (Yurchenko dan Masaki ), Reale Avintia Arizona 77 (Nepa), dan Red Bull KTM Garlic (Oncu).

BACA >>> Yamaha 135LC Paling Banyak Dicuri Sepanjang 2018

Disebabkan kekurangan ruang, ada beberapa pasukan lumba bertanding terpaksa menggunakan khemah dibekalkan penganjur, terletak berdekatan kawasan parkir P1.

Pengurus Aspar Team, Gino Borsoi berkata, antara barang yang hilang ialah set lengkap absorber Moto3, brek cakera dan kaliper, beberapa unit komputer, peralatan, pemanas, spring fork dan absorber belakang.

Menurutnya, sesetengah barang Moto2 sangat sukar diganti kerana direka khas untuk jentera pasukan seperti alatan untuk membuka tayar, dan skru brek cakera, termasuk pemanas tayar.

"Ini bukan kali pertama berlaku di litar ini kerana tiga komputer pernah dicuri tiga tahun lalu. Sekarang kami satu-satunya pasukan yang hilang lima komputer sebab dicuri. Kerugian antara 40,000 (RM186,490) atau 50,000 (RM233,110). Motosikal sudah dipasang dan bersedia turun trek, tetapi masalah akan berlaku bila ada penukaran yang perlukan peralatan khas," katanya.

BACA >>> Proton Wira Paling Banyak Dicuri Sepanjang Jan-Jun 2019

SUMBER: LalaSports

Related

4.6k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Gino Borsoi, Moto2, Moto3, MotoGP, MotoGP 2019, Pecah Masuk

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
    Lagi EV Mampu Milik, TQ Wuling Bingo EV Lancar di Malaysia, Harga Mula RM67,800
  • General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
    General Tire Kini di Malaysia, Tawar Tayar Kualiti Setanding Continental, Harga Mesra Poket!
  • Kymco AK550 Premium Kini CKD,  Harga Lebih Murah di Malaysia
    Kymco AK550 Premium Kini CKD, Harga Lebih Murah di Malaysia
  • Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460
    Honda XL750 Transalp SP Edisi Khas di UK Sempena Tamat Pengeluaran, Harga RM57,460

Pandu Uji

#PanduUji: Inilah Cara Menang Cabaran Pandu Proton e.MAS 5 Paling Jimat, Hanya 9.6kW/100km!

Tunggang uji Yamaha NVX SP 2025

#TunggangUji: Betul Ke Yamaha NVX SP Rasa Macam Ada Turbo atau Sekadar 'Hype'?

Pandu uji Hundai Tucso dan Santa Fe dari KL - Desaru

#PanduUji: Jelajah Hyundai Tucson, Hyundai Santa Fe 2025 dari KL ke Desaru

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my