• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW R 1250 R dan BMW 1250 RS Jengah Pasaran Malaysia, Harga Mula RM102.5k

BMW R 1250 R dan BMW 1250 RS Jengah Pasaran Malaysia, Harga Mula RM102.5k

November 1, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

708
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SELAIN superbike legenda, BMW Motorrad Malaysia turut memperkenalkan dua lagi model: BMW R 1250 R dan BMW R 1250 RS kepada penggemar jentera kembara. Kedua-dua model baharu itu dikuasakan enjin boxer yang dibangunkan dan ditala semula untuk mendapatkan kuasa dan tork lebih tinggi.

Apa yang menarik tentang dua model BMW baharu itu?

1. BMW R 1250 R

Hadir dengan rekabentuk Style HP, R 1250 R adalah model roadster lasak dengan kombinasi warna Lightwhite (putih), Racing Blue (biru) dan Racing Red (merah).

Semburan cat putih mendominasi rangka utama dan fender depan yang digabungkan strip biru-merah pada sisi tangki minyak dan panel pelana. Padanan warna itu dikontraskan dengan frem utama hitam kusam dan rim besi tuang Night Black (hitam).

Penampilan sporty R 1250 R diserlahkan dengan fork terbalik (USD), kaliper brek emas dan kowl enjin daripada keluli tahan karat.

BMW R 1250 R dijual pada harga RM102,500.

BMW R 1250 R_19
BMW R 1250 R_2
BMW R 1250 R_5
BMW R 1250 R_6
BMW R 1250 R_7
BMW R 1250 R_3
BMW R 1250 R_4
BMW R 1250 R_9
BMW R 1250 R_1
BMW R 1250 R_8
BMW R 1250 R_10
BMW R 1250 R_11
BMW R 1250 R_12
BMW R 1250 R_15
BMW R 1250 R_13
BMW R 1250 R_14
BMW R 1250 R_16
BMW R 1250 R_17
BMW R 1250 R_18
BMW R 1250 R_24
BMW R 1250 R_32
BMW R 1250 R_21
BMW R 1250 R_20
BMW R 1250 R_29
BMW R 1250 R_25
BMW R 1250 R_22
BMW R 1250 R_26
BMW R 1250 R_27
BMW R 1250 R_28
BMW R 1250 R_23
BMW R 1250 R_33

2. BMW R 1250 RS


BMW R 1250 RS baharu hadir dengan gaya eksklusif yang menampilkan kemasan elegan pada badan berwarna Imperial Blue (biru).

Pelindung kepala silinder dan frem utama diwarnakan dengan kelabu kusam agar tampil berbeza. Imej elegan dan premium diserlahkan menerusi pelana bercorak di belakang dan rangka utama yang disadur dalam warna hitam kusam. Sentuhan warna biru pula boleh dilihat pada madgad roda depan, radiator, tangki minyak dan bahagian belakang.

Kemudian ia dibezakan dengan kaliper brek emas dan fork terbalik (USD). Ciri lampu siang (DRL) LED kini ditawarkan sebagai standard untuk kedua-dua model. Dari segi trenkuasa, masing-masing model dipadankan enjin 1,254cc berkuasa 136hp @ 7,750rpm dan tork 143Nm @ 6,250rpm.

Padanan teknologi BMW ShiftCam buat kali pertama membekalkan variasi pemasaan injap dan lejang injap pada komponen ambilan. Aci sesondol ambilan untuk kedua-dua model turut direka semula untuk pembakaran dalaman lebih efektif, manakala perubahan teknikal seperti bekalan minyak optimum, suntikan injap jet kembar dan sistem ekzos baharu membezakan ia dengan model terdahulu.

BMW R 1250 RS dijual pada harga RM106,500.

BMW R 1250 RS (11)
BMW R 1250 RS (12)
BMW R 1250 RS (13)
BMW R 1250 RS (1)
BMW R 1250 RS (2)
BMW R 1250 RS (3)
BMW R 1250 RS (4)
BMW R 1250 RS (6)
BMW R 1250 RS (8)
BMW R 1250 RS (5)
BMW R 1250 R_31
BMW R 1250 R_30
BMW R 1250 RS (7)
BMW R 1250 RS (9)
BMW R 1250 RS (10)
BMW R 1250 R_20

KINI DENGAN CIRI KONEKTIVITI PINTAR

Selain itu, kedua-dua jentera menampilkan dua mod tunggangan sebagai standard, dan turut dilengkapi Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) sebagai ciri standard dan Kawalan Mula Daki (HSA). Juga disediakan Riding Modes Pro, terdiri daripada Dynamic, Dynamic Pro, Kawalan Traksi Dinamik  (DTC) dan Kawalan Brek Dinamik (DBC) baharu.

BMW Motorrad kini menawarkan ciri konektiviti sebagai standard dan kluster instrumen multifungsi dengan skrin TFT 6.5-inci warna penuh. Menerusi pelbagai kawalan BMW Multi-Controller, penunggang boleh mengakses fungsi dan aplikasi kenderaan dengan mudah.

R 1250 R dan R 1250 RS turut dilengkapi ciri penghidup tanpa kunci (keyless) supaya pengguna dapat menikmati pengalaman serba baharu yang mudah, dan selesa.

Harga jualan adalah tanpa insurans. Turut dipakejkan ialah Waranti Baharu Bertempoh 3 Tahun dan Program Bantuan Jalanan 3 tahun daripada BMW Motorrad Malaysia):

BACA>>>BMW Motorrad Malaysia Perkenal Tiga Model Touring GS, Harga Bermula RM89k
BACA>>>BMW Vision DC Roadster - Motosikal Konsep EV yang Revolusioner

Related

708
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: adventure touring, BMW, BMW Motorrad, BMW Motorrad Malaysia, BMW R 1250 R, BMW R 1250 RS, motosikal touring, naked bike, roadster, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
    MForce Bike Lancar QJMotor AX200s 2025 untuk Pasaran Malaysia, Harga RM7.9k!
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!
    SYM ADXTG400 2025 Lancar di Malaysia, Harga RM29.8k!

PANDU UJI

KL ke Belum Resort Cuma 3.9L/100km, Yogeswaran Menang Cabaran Jimat Minyak Haval H6 HEV

GWM Malaysia baru-baru ini menamatkan cabaran jimat minyak Haval H6 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton e.MAS 7 Bukan EV Biasa, Ini Masa Depan Automotif Negara!

PROTON e.MAS 7 boleh diibaratkan semacam satu fenomena yang menarik … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Sportage 2025 dari Shah Alam ke Janda Baik, Mampu Cabar Pasaran SUV Segmen-C!

SAYA dan rakan media pada 23 Januari lalu dijemput Dinamikjaya Motors … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev