• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / BMW Vision DC Roadster - Motosikal Konsep EV yang Revolusioner

BMW Vision DC Roadster - Motosikal Konsep EV yang Revolusioner

June 26, 2019 By Aryon Leave a Comment

FacebookTwitter


PRODUK kenderaan elektrik (EV) terus berkembang pesat terutama dalam dunia dua roda menerusi pelbagai model motosikal EV dalam aneka bentuk menarik dan serba futuristik. Terbaharu, BMW Motorrad mempamerkan Vision DC Roadster sebagai model EV konsep masa depan.

Model konsep tersebut menyerlahkan idea BMW yang mahu tampil unik dan berbeza untuk barisan produk EV jenama itu. Ia harus moden, kontemporari dan futuristik.

Bahasa rekabentuk dibangunkan secara tidak langsung mempunyai saling kaitan dengan model empat roda EV BMW, i-Range yang mana konsep Vision DC Roadster akan dijadikan pelan asas untuk model pengeluaran dari segi rekabentuk.

BACA >>> Revolt RV400 - Motosikal Elektrik dengan Ciri AI Pertama di India Buka Tempahan

Riding pleasure in a new and electric dimension. Get ready for the Vision DC Roadster! #MakeLifeARide #VisionDCRoadster #neverstopchallenging #BMWMotorrad pic.twitter.com/cVOLbTpFGU

— BMW Motorrad (@BMWMotorrad) June 25, 2019

Menggantikan silinder motosikal konvensional ialah blok bateri yang diletakkan secara vertikal dan turut dipasangkan elemen penyejukan aktif dalam bentuk seakan enjin boxer. 'Tangki petrol' dikekalkan hanya untuk penampilan dan ergonomik tunggangan, tetapi versi EV memberikan lebih kebebasan pada posisi pelana kerana tidak perlu lagi memikirkan tentang jumlah kapasiti bahan api.

Walaupun ramai menjangka rekabentuk model pengeluaran Vision DC Roadster ini akan mengalami banyak perubahan, tetapi BMW sendiri sudah membuktikan menerusi i3 dan i8 yang pengeluar itu tidak takut untuk lari daripada kebiasaan. Jadi bukanlah sesuatu yang pelik jika suatu masa nanti BMW akan merintis kepada jualan motosikal ala filem fiksyen dan futuristik.

BACA >>> BMW i8 Coupe (2018) Kini di Malaysia - Harga RM1.3 Juta, Tapi Road Tax RM90 Sahaja!

GALERI
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, BMW, BMW Motorrad, BMW Vision DC Roadster, motosikal elektrik, Motosikal Elektrik Terbakar, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
    Harley Davidson Nightster (2022) Masuk Malaysia, Harga Mula RM93.9k!
  • Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
    Ducati V21L Sebagai Jentera Lumba Kejuaraan MotoE 2023 Lancar!
  • Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
    Penjawat Awam Boleh Perbaharui Insurans Kenderaan Secara Ansurans Tanpa Faedah
  • JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta
    JPJ Tahan Pemegang Kad UNCHR Pandu Kereta

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my