• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marc Marquez Nak Pecah Rekod Pelumba Raih Mata Terbanyak di Sepang?

Marc Marquez Nak Pecah Rekod Pelumba Raih Mata Terbanyak di Sepang?

October 31, 2019 By Admin PanduLaju Leave a Comment

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


KEJUARAAN Dunia MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan berlangsung hujung minggu ini. Kehadiran juara awal, Marc Marquez pasti dinantikan peminat tegar pasukan Repsol Honda, dan begitu juga aksi legenda hidup, Valentino Rossi yang ada ramai peminat tegar di Malaysia.

Selain fokus membawa pasukan Repsol Honda sebagai juara pembina musim 2019, Marquez secara peribadi bakal menjadi pelumba yang mengumpul mata terbanyak sepanjang semusim kejuaraan. Sehingga kini, rekod itu dipegang rakan sepasukan, Jorge Lorenzo pada 2010.

BACA >>> Marquez Mujur Juara GP Jepun Sebelum Minyak Habis, Hafizh Tolong Tunda Motor ke Pit

Pada tahun itu Lorenzo berlumba bersama pasukan Yamaha dengan mengumpul 383 mata daripada 18 perlumbaan. Marquez pula kini mengumpul 375 mata setakat aksi terakhir di GP Australia. Jadi pelumba Sepanyol itu perlu 8 mata saja lagi untuk menyamai rekod Lorenzo.

Malah, jika Marquez menamatkan perlumbaan di kedudukan ketujuh sekali pun, dia sudah pun mendapat 9 mata, sekali gus memintas rekod Lorenzo. Lebih afdal jika beliau memecahkan rekod di Sepang supaya sama dengan rekod Lorenzo, iaitu di pusingan ke-18.

Sebenarnya bukan isu pun jika Marquez meraih mata tersebut di Valencia dan bukan di Sepang kerana beliau tetap tercatat dalam sejarah sebagai pelumba yang mengumpul mata terbanyak.

Cuma apa yang kurang ialah mata tersebut diperoleh di pusingan ke-19, berbeza satu pusingan berbanding Lorenzo. Namun, Marquez kini lebih fokus kepada sasaran 'Tiga Mahkota' dan cuba untuk tidak dipengaruhi tekanan ketika pusingan di Malaysia.

BACA >>> Uruskan Marquez, Lorenzo dalam Repsol Honda Memang Satu Cabaran

marc-marquez-sepang-1
marc-marquez-sepang-2

Saya tak mahu fikir pasal rekod jumlah mata, kita cuma 'follow the flow' saja. Saya rasa selesa dengan Honda dan akan menikmatinya bersama  Repsol Honda. Jadi kami nikmati saja saat manis ini kerana situasi musin depan masih tiada jaminan. Mungkin musim depan kami lebih bergelut.

"Kami menang besar di Australia yang mana saya, Repsol Honda dan jentera saling bekerjasama dengan baik. Sekarang kami tiba di perlumbaan akhir dari tiga perlumbaan berturut-turut, tetapi ini bukan masa untuk rasa lega dan santai. Litar Sepang akan jadi kelebihan untuk Yamaha dan Ducati kerana mereka laju, tetapi misi kami terus berusaha dan meraih kemenangan lagi."

BACA >>> MotoGP 19 Kini dengan Kepermainan AI Lebih Pintar yang Betul-Betul Mencabar!

SUMBER: FoxSport

Related

1.3k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: 2019 MotoGP, Kejuaraan Dunia MotoGP, Litar Sepang, Marc Marquez, MM93, motogp sepang, motosikal MotoGP, Pasukan Repsol Honda, Repsol Honda Team, Valentino Rossi

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
    #ApaNakBuat: Cara Isi Petrol RON95 Subsidi BUDI95 di Stesen PETRONAS, Mudah Guna Setel Je!
  • #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
    #Belanjawan2026: Kerajaan Tawar Geran Lupus Kereta Lama hingga RM4k, Tukar Baharu
  • #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev