• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Roda2 / Honda Perkenal Minibike NR 750 Sebagai Tribut Model Ikonik

Honda Perkenal Minibike NR 750 Sebagai Tribut Model Ikonik

October 29, 2019 By Aryon Leave a Comment

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


MODEL ikonik Honda NR, juga dipanggil NR 750 dilancarkan pada 1991, tahun sama apabila Ducati melancarkan 888 penyejukan udara, Triumph dengan Sprint 900 dan Suzuki masih mempertaruhkan Bandit.

Berdasarkan ujian MoT di Britain pada masa itu, kemunculan NR 750 nyata melangkaui zaman sama ada dari segi teknologi mekanikal (piston bujur) dan elektronik, serta nilai estetika. Malah, skrin dilindungi titanium menelan kos tinggi untuk diganti.

BACA >>> Lakaran Paten Honda CBR1000RR (2020) Facelift Bocor, Ada Winglet dan Skup Udara?

Sebenarnya, segala tentang NR 750 menelan belanja tinggi. Harganya dalam kondisi baharu pun sudah mencecah £38,000 (RM204,270) pada masa itu, tetapi masih mendapat permintaan tinggi. Malah, harga pada Januari 1991 melonjak sekitar £60,000 (RM322,520)! Ini kerana sportbike middleweight itu dikeluarkan dalam unit terhad.

Sekarang memang sukar untuk mendapatkan NR 750 melainkan anda bersedia menurun taraf jentera idaman itu kepada minibike. Model miniatur ini memang dikeluarkan Honda sebagai penghormatan kepada model asal dan dilengkapi dengan kit aras tinggi seperti swingarm aluminium, badan karbon dan gril yang hampir menyerupai model sebenar.

BACA >>> Honda CB1100 RS (88hp) - Superbike Retro 70-an Kini di Malaysia, Harga RM75,999

Dan versi ni bukan lagi model terhad dan sesiapa saja boleh memilikinya selagi stok masih ada.

honda-nr750-mini-2
honda-nr750-mini-4
honda-nr750-mini-5
honda-nr750-mini-7
honda-nr750-mini-6
honda-nr750-mini-1
honda-nr750-mini-3

Related

221
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Roda2 Tagged With: Auto Terkini, Honda, Honda NR 750, Honda NR750 (1991), minibike, roda2

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
    XPENG P7 Disambut Hangat, 10 Ribu Tempahan 7 Minit, Jarak Lebih 700 km, 0-100 km/j 3.7 saat!
  • Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
    Modenas Z15GT 2026 - Supermoped Buatan Malaysia Lancar dengan DNA Kawasaki!
  • BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
    BSH Lancar Honda RS-X Winner Tricolor Edition dalam Unit Terhad, Harga RM10.2k!
  • Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888
    Cruiser Gaya Retro-Moden WMoto Bobbie 450s Lancar, Harga RM19,888

PANDU UJI

Pandu uji Proton X50 2026 ke Melaka

#PanduUji: Proton X50 2026, Sesuai Kereta Pertama Pemandu Baru Dapat Lesen, Naik Taraf SUV

SEMPENA bulan patriotik, Proton menganjurkan sesi pandu uji bersama … [Baca Lagi...]

Pandu uji Chery Tiggo Cross KL-Terengganu

#PanduUji: Boleh ke Chery Tiggo Cross Ulang Alik KL-Terengganu Setangki Petrol Penuh?

BARU beberapa bulan dilancarkan, kenderaan utiliti sukan (SUV) … [Baca Lagi...]

Tunggang uji Yamaha NVX 2025 di SIC

#TunggangUji: Yamaha NVX 2025 Baharu Kini Boleh 'Downshift'!

WAKIL pengedar rasmi motosikal Yamaha di Malaysia, Hong Leong Yamaha … [Baca Lagi...]

2014 – 2025 © PanduLaju.com.my
🚀 XCII WebDev